(10 GAMBAR) ‘BABY SHOWER’ JACLYN VICTOR YANG DISAMBUT MERIAH

| 29/07/2015 | 0 Comments
  • Sumo

1Penyanyi Jaclyn Victor kini sedang menghitung hari untuk menyambut kehadiran cahaya mata pertamanya, hasil perkahwinan bersama suami, Shawn Rivera menjelang Ogos. Ahad lalu, bertempat di Ratatouille La Gourmet, Publika, pasangan ini telah mengadakan majlis baby shower dan turut dimeriahkan dengan kehadiran teman-teman rapat serta keluarga.

“Sebenarnya, saya tidak merancang pun untuk mengadakan majlis baby shower ini. Tetapi, apabila Ning menghubungi saya dan memberitahu ingin mengadakan majlis baby shower, saya bersetuju. Ianya boleh dikira sebagai perancangan saat akhir. Apa pun saya sangat terharu, dan berterima kasih kepada Ning yang sanggup meluangkan masa walaupun dalam keadaan sibuk,” ujar Jac.

Ditanya mengenai kesihatannya dan kandungan, dia bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik, tanpa sebarang alahan dan masalah.

“Doktor juga memberitahu bahawa kandungan saya dalam keadaan yang baik, dan saya boleh meneruskan aktiviti harian seperti persembahan dan senaman,” jelasnya lagi yang masih inginkan kejutan mengenai jantina kandungannya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti seperti Dina Nadzir, Vince Chong, Nurul Depp, Elvira Arul, Ning Baizura yang juga merupakan penganjur majlis, serta ramai lagi. Kepada Jac dan suami, semoga dikurniakan seorang bayi yang sihat dan comel.

10

9

8

7

6

5

4

3

2

Incoming search terms:

  • gambar ning baizura seksi
  • gambar suami jaclyn victor
  • suami jaclyn victor

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply