10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KELANTAN

| 01/02/2016 | 5 Comments
  • Sumo

tempat-makan-menarik-di-kelantanJika berkunjung ke negeri Kelantan, tak sah kalau tak mencuba beberapa menu yang tersohor di sini. So kat sini SM senaraikan beberapa kedai makan yang mungkin dapat menjadi panduan kepada mereka yang datang ke sini terutama area Kota Bharu.

10 TEMPAT MAKAN MENARIK DI KELANTAN | Ada di antaranya yang SM dah pergi dan memang sedap dan puas hati. Berikut merupakan 10 tempat makan wajib anda singgah kalau datang ke Kelantan. Antaranya:-

1. Kedai Kopitiam Kita

kopitiam-kita

Antara kafe untuk sarapan pagi yang terkenal di Kelantan.Menyediakan pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang istimewa ialah roti titab iaitu roti bakar yang dihidangkan bersama kaya dan telur separuh masak.

Alamat/lokasi : 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.

Waktu: seawal jam 7.00 pagi sehingga 1.30 tengahari sahaja.

Tel: 019-9810888

2. Nasi Ulam Cikgu

restoran-nasi-ulam-cikgu

Menyediakan hidangan nasi putih serta lauk pauk seperti ikan bakar, ikan goreng, masak lemak dan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama sambal atau budu.Berkonsepkan layan diri, anda pasti berpuas hati dengan menu yang disediakan dengan harga yang berbaloi.

Alamat/lokasi: Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu , di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah

Waktu: setiap hari kecuali Jumaat bermula pukul 11.00 pagi, waktu kemuncak pada pukul 12.30 tgh sehingga 2.30 petang hinggalah penutupnya 5.00 petang.

3. Lido Corner

lido-corner

Lido Corner juga dikenali dengan panggilan lain Nasi Sup Tepi Sungai Kota Kharu. Berkonsepkan layan diri, ia menyediakan hanya 1 menu utama iaitu nasi sup daging yang ‘kaw’ dengan pilihan sampingan 3 jenis lauk iaitu daging bakar, ayam bakar dan kari ikan.Simple but perfect!

Alamat/lokasi: Lokasi premis ini adalah di selekoh 90 darjah Jalan Post Office Lama bersebelahan Hotel Grand Riverview, Kota Bharu.

Waktu: Setiap hari kecuali hari Jumaat bermula jam 12.30 tengahari hingga 5.30 petang.

4. KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh

kst-ikan-bakar-wakaf-che-yeh

Juga menyediakan hidangan ikan bakar, pelbagai ulam-ulaman dan semestinya sambal beserta budu. Menu lain juga ada disediakan.

Alamat/lokasi: Terletak di wakaf che yeh. Berhadapan dengan CIMB bank dan bersebelahan kedai eco rm2.

Waktu: setiap hari 4.30 pm – 1.30 am

5. Nasi Kak Wok, Lundang

nasi-kak-wok-lundang

Menu yang dihidangkan adalah nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah dan juga rasa gulainya ditambah sambalnya yang sedap.

Alamat/lokasi : Jalan Masjid Lundang, Kota Bahru (belakang KBMC) , terletak lebih kurang 200 meter dari simpang lorong selepas KBMC.

Waktu: setiap hari bermula dari jam 7.30 pagi hinggalah 5.00 petang.

6. Nasi Kukus Suriani

nasi-kukus-suriani

Menyediakan hidangan nasi kukus dengan pelbagai jenis lauk pauk pada harga yang berpatutan.

Alamat/lokasi: terletak hanya di sebelah Stadium Muhammad IV di jalan menuju Hospital Raja Perempuan Zainab II.

7. Kedai Nasi Kukus Abe Mie

kedai-nasi-kukus-abe-mie

Menyediakan hidangan nasi kukus yang berlaukkan ayam goreng berempah. Lauk yang lain juga ada.

Alamat/lokasi : Restoran Abe Mie, Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

8. Warung Pak Mat Pulau Pisang

warung-pak-mat-pulau-pisang

Jika datang ke sini anda mesti mencuba teh tarik madu yang memang ‘kaw’ serta sup kepala ikan, iaitu menu ‘signature’ di restoran ini. Terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan.

Alamat: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Telefon: 013-919 8131

9. Maggi Tiram Pok Weil, Bachok

maggi-tiram-pok-weil-bachok

Jika anda menuju ke Bachok, boleh lah singgah di sini kerana ia terletak di luar kawasan bandar Kota Bharu. Antara kedai makan yang trending sekarang di Kelantan. Menu yang popular adalah mee segera yang dimasak bersama tiram. Juga terdapat menu lain seperti tiram segar yang dimakan bersama sos istimewa, telur dadar tiram dan nasi goreng.

Alamat/lokasi: terletak di Tawang (menghala ke Bachok)

Waktu: dibuka seawal 11pagi -12 tengah malam kecuali hari Jumaat dibuka lewat pukul 3petang. Isnin kedai tutup

10. Alemy Meggi Ketam, Cherang Ruku

alemy-maggi-ketam-cherang-ruku

Menunya simple sahaja, hanyalah maggi berkuah yang diletakkan 2 ekor ketam nipah. Jika anda melalui jalan pantai menuju ke Tok bali boleh lah singgah di sini.

Alamat/lokasi: Bangunan MDPP,Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan

Waktu: Setiap hari 5.00 petang – 2.00 pagi

Tel: 012-9524657 / 019-9584657

Kalau anda sudah makan salah satu antara 10 kedai makan ini, cuba komen sikit ya.

Incoming search terms:

  • tempat makan menarik di kelantan
  • tempat makan best di kota bharu
  • tempat makan best di kelantan
  • makanan sedap di kelantan
  • tempat makan menarik di kota bharu
  • makan sedap di kota bharu
  • kedai makan sedap di kota bharu
  • makanan sedap di kota bharu
  • makan malam di kota bharu
  • Tempat makan sedap di kelantan

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Comments (5)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. salena gomez says:

    Salena ada makan dekat restoran 2 musim di kubang kerian menghala ke binjai. Betul2 depan mesjid istana. Sedap tak terhingga. Nasik goreng black papper dia mengancam.

  2. azri says:

    mohon kebenaran untuk menggunakan gambar2 dalam posting ini.

  3. Teh says:

    KST ikan bakar wakaf che yeh ni servis mmg out la..tggu 2jam la bru dpt..ulamjek bole dpt cpt sb ambik sndri..air bole la dpt dlm 10minit..not recommended la..

  4. Ahmad says:

    Admin boleh try makan kat warung dim sum hj loh(since 2007)

    Masakan panas, western, set, dimsum ade

    Harga – amat berbaloi (serendah RM15/orang skali air doh)
    Rasa- sedap
    Kapasity – 100 seat didalam kedai + 84 seat tepi sungai
    Lokasi- sebelah ridel hotel kota bharu,
    tepi sungai kelantan
    Pelangi mall

    Pertanyaan 0199848772 yie

  5. Aya says:

    Maksu nasi sup daging bakar
    Sup air asam taman cemerlang
    Roti tempayan pasir pekan
    Dhanis sup belut kebakat
    Mee paksam kota kbg labu
    Satay wakaf bharu

Leave a Reply