(11 GAMBAR) ANAK CHE TA DAPAT PERHATIAN DI MAKKAH

| 08/03/2016 | 0 Comments
  • Sumo

gambar-aaisyah-dhia-rana-di-makkahKetika segelintir netizen bertindak mengkritik gaya purdah dan jubah dikenakan Rozita Che Wan untuk menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci, tumpuan juga tertumpu kepada anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.

Apabila si comel itu tampil berjubah, bertudung dan berkaca mata, seperti dikongsi si ibu di laman sosialnya, pastilah ramai yang geram dan jatuh hati pada kanak-kanak berusia 15 bulan berkenaan.

Menerusi gambar yang dikongsi Che Ta, Aaisyah sendiri kelihatan seperti kanak-kanak tempatan apabila kulitnya yang cerah itu tampak kemerah-merahan dek cuaca yang berbeza.

Menurut Che Ta, anak perempuan kesayangannya juga menjadi tumpuan di sana apabila ramai jemaah yang ingin bergambar dengan Aaisyah.

Selain mereka berdua, turut berangkat ke Tanah Suci kali ini ialah dua anak lelaki pelakon itu dan kakaknya. Suami Che Ta, Zain Saidin pula tidak dapat ikut serta kerana terikat dengan komitmen kerja.

“Jika diikutkan, Zain memang tidak membenarkan saya membawa Aaisyah ke sana. Bagaimanapun, ketika tiba di lapangan terbang, baru saya putuskan untuk membawa Aaisyah sekali kerana tidak sampai hati hendak meninggalkannya di Malaysia.

“Mujur beg pakaiannya sudah siap dikemas kerana asalnya memang kami hendak menghantar Aaisyah ke rumah ibu Zain. Rezeki dia untuk mengerjakan umrah juga. Alhamdulillah,” katanya kepada BH Online.

11

10

9

8

7

6

5

4

3

2

1

Incoming search terms:

  • gambar anak che ta jatuh katil
  • anak che ta 2017
  • ank rozita
  • gambar anak rozita che wan masa kanak kanak ribina
  • gambar anak rozita che wan com
  • gambar anak che ta masa kecil
  • gambar aisyah dhia rana pakai tudung
  • aaisya dhia rana pakai tudung
  • ank cek ta
  • aishah anak che ta pkai tudung

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *