(14 GAMBAR) SEKITAR MAJLIS MINUM TEH RAI PERKAHWINAN KEITH FOO DAN ISTERI

| 03/12/2015 | 0 Comments
  • Sumo

Sekitar-Majlis-Minum-Teh-Rai-Perkahwinan-Keith-Foo-IsteriPelakon Keith Foo dan pasangannya Kim Raymond yang juga merupakan pengurusnya selamat meraikan ikatan perkahwinan mereka dalam majlis minum teh bersama keluarga baru-baru ini.

Keith dan Kim sebenarnya sudah berkahwin sejak tahun lalu lagi. Ianya diakui sendiri oleh Kim ketika hadir di set penggambaran yang menemani Keith untuk sesi penggambaran muka depan Majalah EH! isu bulan September lalu.

“Ya, kami dah kahwin. Tetapi tiada majlis. Kami hanya daftarkan perkahwinan saja. Semuanya dilakukan tahun lalu,” jelasnya.

Selain itu, pasangan ini juga berkongsi perancangan mereka yang mahu mengadakan majlis resepsi pada hujung tahun ini di kampung halaman Keith di Gemas, Negeri Sembilan.

Semoga ikatan perkahwinan pasangan ini akan terus berkekalan dan dikurniakan cahaya mata yang comel-comel nanti.

3

2

4

13

12

11

10

9

8

7

6

5

1


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *