(3 GAMBAR) AMIR RAJA LAWAK SEDIA TAMAT ZAMAN BUJANG, DEDAH GAMBAR KEKASIH?

| 01/04/2014 | 0 Comments
  • Sumo

AMIR RAJA LAWAK sebelum ini memberitahu sudah beberapa kali gagal dalam hubungan percintaannya sebelum ini. Terkini, Amir sekali lagi mendedahkan yang hatinya kini adalah milik seseorang.

AmirRJ

Malah, pemenang ketiga Raja Lawak musim ketiga itu juga akhirnya berani mendedahkan wajah insan yang telah berjaya menambat hatinya itu melalui laman sosial Instagramnya.

Foto kenangan yang dikongsinya dengan peminat itu adalah ketika dia bersama-sama kawan-kawan, sepupu dan bakal isterinya itu hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Amir turut meminta kepada peminatnya agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua. Bagaimanapun, pelawak berkenaan tidak pula mendedahkan siapakah nama kekasih hatinya itu.

Apa-apapun tahniah buat Amir. SM doakan semoga ke jinjang pelamin. Jom tengok 2 keping gambar kekasih hati Amir yang SM sediakan:-

amir

image

Incoming search terms:

  • amir raja lawak

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply