(3 GAMBAR) HANEZ SURAYA KONGSI GAMBAR TERKINI ANAK DAN NAMA

| 03/01/2016 | 0 Comments
  • Sumo

hanez-suraya-kongsi-gambar-terkini-anakPelakon Hanez Suraya dan suami, Romie bakal menamakan anak perempuan sulung hasil perkahwinan mereka dengan nama Putri.

GAMBAR TERKINI DAN NAMA ANAK HANEZ SURAYA | Romie berkata, bagaimanapun nama penuh anak akan diputuskan dalam masa beberapa hari lagi.

“Kami sudah ada beberapa senarai nama dan saya serta Hanez akan berbincang untuk memilih nama yang sesuai bagi digandingkan dengan pangkal Putri,” katanya.

ANAK perempuan sulung hasil perkahwinan Hanez-Romie dengan nama Putri.

Hanez berkata, beliau tidak kisah asalkan nama yang diberi memberikan makna yang baik untuk anaknya itu. Hanez turut bersyukur kerana diberikan kesihatan dan dimudahkan segala proses ketika melahirkan cahaya matanya seberat 3.5 kilogram itu secara normal.

“Syukur sekejap rasanya hari ini sudah lima hari saya bergelar ibu. Setakat ini, semuanya lancar dan saya sudah mula rasai pengalaman bangun tengah malam tukar lampin bayi,” katanya.

Hanez turut memberitahu, beliau akan berpantang secara tradisional selama 44 hari dan menjaga makan demi bayinya itu. Beliau turut memilih untuk menyusu badan dan percaya khasiat susu ibu adalah terbaik untuk bayi, selain diet yang berkesan untuk ibu.

gambar-terkini-anak-hanez-suraya

Terdahulu, pasangan itu mengadakan majlis tahnik bagi bayi mereka yang disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Baihaqi Molyana. Romie turut menunaikan nazar beliau menjemput 45 pelajar tahfiz pada majlis jamuan serta akikah puterinya itu.

Sumber: BH Online

Incoming search terms:

  • anak hanis suraya
  • gmbr anis suraya
  • hanis suraya bercertai
  • imej anis suraya

Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *