(3 GAMBAR) JULIA ZIEGLER KONGSI GAMBAR PERCUTIAN BERBIKINI – TIDAK KISAH DIKRITIK?

| 02/10/2015 | 1 Comment
  • Sumo

Pelakon Julia Ziegler bersedia menerima kritikan orang ramai gara-gara keterbukaannya berkongsi gambar-gambar seksi dengan berbikini dalam percutian di Pulau Redang, Terengganu.

juliaJulia berkata, dia enggan terlalu menjaga hati masyarakat dan memikirkan kritikan pengguna laman sosial yang hanya tahu mencari kesalahan artis. Bercakap kepada mStar Online, Julia berkata:-

“Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

julia (1)

“Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Dalam pada itu, Julia menyifatkan memakai bikini ketika berada di pulau bukan sesuatu yang pelik dan sewajarnya tidak perlu dipertikaikan segelintir pihak. Katanya, ia merupakan pakaian yang biasa dipakai oleh golongan wanita ketika bercuti di pulau dan ia juga tidak menyentuh sensitifiti masyarakat yang tinggal di kawasan itu.

julia3

“Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini, orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah pun pemakaian saya itu.

“Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian sahaja,” ujarnya.

Incoming search terms:

  • julia ziegler instagram

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. man says:

    Kau kan org islam. …x takut hukuman dari Allah ke????adoiii….dunia akhir zaman

Leave a Reply