(3 GAMBAR) NORA DANISH BAKAL ‘BERKAHWIN’ DI NEW YORK?

| 19/01/2016 | 0 Comments
  • Sumo

Menerusi Instagram milik pereka fesyen, Ashraf Zainal Atelier, @ashraffzainal memuat naik tiga keping gambar pelakon jelita, Nora Danish, menggayakan busana perkahwinan.

Gambar berkenaan diiringi keterangan seolah-olah menggambarkan Nora kini menghitung hari untuk menaiki pelamin sekali lagi selain dirinya sedang dilamun cinta.

ndsm

Menurut sumber yang dipercayai, ibu tunggal kepada Putera Rayqal itu dikatakan bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi. Kalau benar Nora bakal berkahwin, siapa pula calonnya?

Bercakap kepada Berita Harian, Nora memberitahu, dirinya memang akan ‘berkahwin’ dengan menggayakan busana perkahwinan pereka fesyen sama.

Saya akan melangsungkan perkahwinan di New York. Ya, saya akan berkahwin dengan Baim Wong, tak pun dengan Remy Ishak,” seloroh Nora.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dikurniakan seorang anak. Namun jodoh mereka tidak panjang.

Beberapa tahun kemudian Nora dilihat intim dengan Nedim Nazri. Ketika ini Nora mula memperlahankan sisi peribadinya dan lebih fokus kepada dunia seni serta perniagaan.

NORA Danish memperaga busana kahwin rekaan Ashraff Zainal Atelier

NORA Danish memperaga busana kahwin rekaan Ashraff Zainal Atelier.

NORA Danish memperaga busana kahwin rekaan Ashraff Zainal Atelier.


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply