(3 GAMBAR) PENJELASAN UQASHA SENROSE ISU DITUDUH TAK PAKAI COLI?

| 22/04/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Nama pelakon cantik, Uqasha Senrose yang baru reda daripada kontroversi cintanya bersama Pekin, kembali hangat apabila namanya tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara sekeping gambar.

us3

Gambar tersebut diambil ketika dia menghadiri majlis pelancaran wajah baharu portal hiburan, mStar Online. Uqasha yang hadir bersama adiknya, pelakon Nelydia Senrose tampil anggun dengan gaun pendek paras lutut berwarna merah jambu. Bagaimanapun, gaun tersebut menimbul kontroversi apabila dia dilihat seolah-olah tidak memakai coli. Perkara ini sudah menjadi hangat di internet.

Namun, jika gambar itu diteliti bukanlah Uqasha tidak memakai coli, sebaliknya bekas jahitan yang kelihatan. Sungguhpun begitu, Uqasha tetap menanggung malu apabila gambarnya itu disebarkan di internet dengan judul, ‘Uqasha lupa memakai coli’.

Memetik sumber Kosmo, Uqasha berkata :-

Sebenarnya saya langsung tidak sedar sehinggalah saya pulang ke rumah selepas majlis tersebut. Apabila saya melihat Twitter, saya sungguh terkejut apabila terdapat cerita yang mendakwa saya tidak memakai coli.

Saya hanya mampu ketawa apabila dituduh sebegitu. Saya bukan bodoh untuk keluar tanpa memakai coli dan memalukan diri sendiri. Mereka harus lihat gambar itu betul-betul sebelum membuat cerita yang mengaibkan saya.

Sebelum keluar rumah saya sudah lihat pada cermin beberapa kali dan tanya pada adik saya, okey atau tidak baju yang saya pakai. Memang saya tidak perasaan langsung bekas jahitan akan kelihatan sedemikian rupa. Mungkin baju itu tersalah jahit dan memperlihatkan seolah-olah saya tidak memakai coli.

Saya yang malu untuk mengulas isu ini walaupun saya tidak salah. Otak saya masih waras dan tahu adat budaya Malaysia. Bagi saya, orang yang membuat cerita ini sudah tidak ada cerita untuk ditulis. Alangkah lebih baik jika mereka tanya sendiri hal itu kepada saya. Saya tidak kisah andai perkara yang ditegur itu benar berlaku tetapi tidak, mereka hanya mengada-adakan cerita yang tidak benar.

Saya memang sangat malu. Sebabnya bukannya ada apa-apa, cuma bekas jahitan baju itu yang kelihatan. Saya harap selepas ini janganlah cepat membuat kesimpulan sebelum bertanya sendiri hal yang sebenar kepada saya.

Ada hikmah sebalik apa yang berlaku. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati kerana orang ramai memerhati dari hujung rambut hingga ke hujung kaki apa yang saya pakai. Namun, siapa saya untuk ubah fikiran orang, mereka tetap akan bercakap tanpa henti jika ada yang tidak kena pada mata mereka.

Jom tengok dua keping lagi foto anggun Uqasha :-

us

us2

Incoming search terms:

  • Uqasha senrose
  • tak pakai coli
  • uqasha senrose tak pakai coli
  • uqasha senrose tidak pakai coli
  • uqasha senrose lupa pakai bra
  • uqasha senrose tak pakai bra
  • uqasha
  • gambar uqasha senrose lupa pakai coli
  • coli
  • tak pakai bra

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *