(3 GAMBAR) SAMBUTAN HARI JADI YAHAIRA LEANNE ANAK LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU

| 17/09/2016 | 0 Comments
  • Sumo

gambar-sambutan-hari-jadi-yahaira-leanne-anak-lisa-surihani-yusry-kruPasangan selebriti, Yusry Kru dan Lisa Surihani menganggap kehadiran anak perempuan mereka bukan sekadar membawa rahmat, sebaliknya mengajar masing-masing pelbagai perkara baharu sebagai ibu bapa.

GAMBAR TERKINI YAHAIRA LEANNE | Mereka berkata demikian ketika meraikan ulang tahun kelahiran Yahaira Leanne, yang genap setahun pada jam 11.44 malam tadi. Si comel yang menjadi tanda cinta Yusry dan Lisa itu dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram pada 15 September tahun lalu.

gambar-terkini-yahaira-leanne-anak-lisa-surihani-yusry-kru

“Anak tersayang kami, Yahaira Leanne Yusry, genap setahun 11.44 malam tadi. Tarikh hari ini menjadi kegemaran saya atas banyak sebab untuk diingati dalam hati. Syukur Alhamdulillah ya Allah untuk rahmat dan restu istimewa yang hadir dengan kelahirannya. Saya dan suami belajar banyak versi benda baharu yang indah. Pada tarikh ini juga kami bagai diberi hidup semula sebagai ibu bapa. Melihat dia (Yahaira) membesar, ia fasa berbeza kami saban hari. Kami sayang kamu,” tulis Lisa di laman sosial Instagramnya.

Yusry turut menyusun ayat indah, menggambarkan keseronokan hidup mereka dengan kehadiran permata hati itu.

gambar-yahaira-leanne-berusia-1-tahun

“Setahun lalu, jam 11.44 pm kamu (Yahaira) hadir dalam hidup kami dan mengubah segala-galanya. Kamu tidak dapat membayangkan keriangan dan keseronokan yang kami rasakan apabila melihat kamu membesar setiap hari. Lesung pipit yang kelihatan ketika kamu senyum menjadi senyuman paling cantik saya lihat, sekalipun kamu belum ada gigi ketika itu. Ketawa kecil dan berdekit-dekit kamu semuanya menjadi memori indah dalam hidup saya. Sekarang, kamu ada sudah ada tiga batang gigi dan kami teruja menanti langkah pertama kamu untuk berjalan. Selamat hari lahir sayang. Kami sayang kamu,” tulis Yusry.

Sementara itu, Lisa dan Yusry juga sejak kebelakangan ini agak terbuka untuk berkongsi wajah anak mereka di beberapa acara, termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. Sebelum itu, kedua-duanya berasakan terlalu awal untuk wajah anak mereka didedahkan kepada umum.

Incoming search terms:

  • lisa surihani yahaira leanne
  • lisa surihani 2016
  • lisa surihani anak
  • lisa surihani dan anak
  • gambar lisa surihani
  • yusri dan lisa surihani
  • tarikh lahir anak lisa surihani dengan yusri kru
  • anak2 lisa n yusri 17
  • anak yusry kru
  • anak yusri dan lisa terkini

Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply