(4 GAMBAR) GERAM TENGOK SAKINAH SEKSI, PEMINAT GELARNYA KARIPAP PANAS?

| 07/02/2014 | 8 Comments
  • Sumo

Jika sebelum ini Sharifah Sakinah sering mencetuskan kontroversi dengan memuatnaik video yang pelik-pelik, kini minat barunya pula dikritik. Terbaru Sakinah gemarkan kegiatan kecergasan dan senaman.

SS

Memetik sumber portal GUA, untuk tujuan itu, pengurusnya mewujudkan satu laman Instagram khas bagi aktiviti ini. Setiap kali Sakinah ingin melakukan aktiviti kecergasan, hebahan dibuat melalui akaun Instagram tersebut.

“Akaun Instagram yang diwujudkan untuk tujuan tersebut, @fitnessakinah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dalam dua minggu diwujudkan, akaun tersebut mempunyai hampir 20,000 orang pengikut dan bilangannya semakin bertambah,” ujarnya.

Namun tak semua menyukai aktivitinya itu apabila Sakinah memakai pakaian seksi yang terlampau menjolok mata .Banyak pihak baik lelaki mahupun perempuan, menyindir pelakon itu setiap kali dia memuat naik fotonya yang berpakaian sukan. Ada yang ‘geram, malah ada yang menggelarnya ‘karipap panas’?

SS2

SS3

SS4

Sakinah yang diminta mengulas mengenai perkara tersebut memberitahu:-

“Orang salah anggap. Orang yang mengikuti saya di laman sosial ramai, jadi banyak juga pendapat yang diberikan. Saya hormati semua pendapat mereka, ada yang bertelagah sesama sendiri dalam ruangan komen, tapi saya tidak pernah masuk campur. Jika mereka memberikan maklum balas positif, saya berterima kasih. Kalau mereka komen berbentuk nasihat pun, saya berterima kasih juga.

“Apa yang saya boleh cakap, saya jadi diri saya sendiri. Kalau orang ambil perkara itu sebagai positif, jadi positiflah perkara tersebut. Kalau orang ambil perkara itu sebagai negatif, jadi perkara itu akan menjadi negatif.

” Apapun, saya rasa terharu dan tersentuh hati apabila melihatkan kegigihan sesetengah pihak yang menyertai aktiviti yang saya jalankan untuk merubah diri mereka. Malahan ada yang kini sudah menampakkan perubahan. Apa yang penting, saya kena ambil positif perkara ini,” tutur Sakinah.

Jom layan beberapa keping lagi gambar Sakinah dan anda boleh nilai sendiri karipap panas atau tidak:-

SS5

ss7

SS6

Incoming search terms:

  • artis malaysia seksi
  • artis melayu seksi
  • sharifah sakinah seksi
  • gambar seksi artis malaysia
  • artis seksi malaysia
  • melayu seksi
  • artis malaysia seksi 2014
  • gambar artis malaysia seksi
  • melayu seksi di instagram
  • artis seksi malaysia 2014

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Comments (8)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Shery says:

    Kau org pun x baik sgt nk p kritik die..aku x jg nk memihak pd syakina ni..tp x elok korg komen mcm tu..korg pun bkn bagus sgt pun kn..dah die tu artis..post pic yg nmpk x senonoh ckit..semua urg nk cemuh..cuba klau die bkn artis..mcm korg jgk lh..ambk gmbr post fb..insta..tweeter bgai..xde urg pun nk cemuh kn..dok pndg je kn..n like..yg mna friend x puas ti tu dok tgur je kn..sbb kirg bkn artis tp same je mcm die..korg tpu klau xde gmbr seksi or hot..dsebabkn die ARTIS..setiap prkara die buat akn jd isu..akn ade bnyk lh membrr yg lgk baik..de yg hangin x tentu kt die..jka d balik kn die same spt kte yg BUKAN ARTIS..ade ke isu tntg die keluar..xde kn..renung renung kn..aku bkn sokong die tp aku brfkir mcm mna klau aku yg brade d tmpt die..psti akntrjd prkara sebegitu jg..ckp byk pun x guna..klau korg ARTIS..bru thu pe rsa nye..

  2. iddie says:

    Bab aurat jgn sibuk kata jadi diri sendiri lah, fikir positif so jadi positif lah, kata org lain pun tak tutup aurat lah. Aurat adalah tanggungjawab diri sendiri dgn Allah. Anda dah sediakan jawapan yg sesuai utk jawab soalan kenapa dedah aurat, kenapa pakai ketat etc dan sedia terima akibat dr jawapan yg diberikn? Lu pikirlah sendiri.

  3. Saiful Nizam says:

    kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai,,kalau takot di cemuh tak payah jadi artis .artis sepatutnya menunjukkan sikap yang baik,,ramai yang jadikan sebagai idola,,so kenapa perlu menjadi diri sendiri sedangkan lupa larangan Allah..kita hidup dekat dunia ni dengan sendiri nya ke??kenapa kita anggkuh sangat dengan pencipta kita..kita di lahirkan dalam keluarga apa??dan cuba cari perbezaan kita dengan orang kafir,,dan persamaan kita dengan orang kafir,,agak2 mana yang banyak??saya bukan nak menegur secara terbuka macam ni,,cuma nak bagi pandangan saya,,mana yang baik ikut lah..moga2 di buka pintu hati untuk berubah..jangan kita jadi terlalu angkuh sangat..islam tetap islam..hidup di dunia ni tak perlu jadi diri sendiri pun tak pa,,yang penting jadi hamba Allah..sekian dari saya,,marilah sama-sama kita doa kan yang terbaik untuk umat2 islam di dunia ini..maaf dari saya andai terkasar bahasa atau melukakan hati anda,,bukan itu niat saya,,saya cuma inginkan yang terbaik untuk umat islam..assalamualaikum..

  4. ellie says:

    Senang jerrr klu rimas jgn tengok.. hbs crita. Bknnya 1 mlysia x suka kn. Apa2 hal pun dia yg tanggung sndri. Periuk nasi dia pun dia yg tanggung sndri.. KAN!

  5. man says:

    karipap bujur sirih

  6. ludfy27 says:

    salam..syarifah sakinah ni pakai macam mana pun masuk syurga..kalian semua jangan risau sebab dia kan syarifah..pulak tu,dia tak nak hipokrit sbb dia ikhlas pakai macam tu demi peminat..Tuhan kan pandang hati dia,Tuhan tak pandang pakaian dia tuuu…. =)

  7. Da dia x laku dia cari publisiti murahan macam ni.. senang terus famous says:

    Da dia x laku, dia cari perhatian cara ni plak.. dedah body seksi dia tu .. kan da famous ( werx )

Leave a Reply