(5 GAMBAR) IEDIL PUTRA KAHWIN SECARA SENYAP-SENYAP?

| 03/06/2016 | 0 Comments
  • Sumo

1Pelakon popular menerusi filem ‘Showdown The Movie‘, Iedil Putra, dikhabarkan sudah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang model berasal dari Indonesia, Prisia Nasution, baru-baru ini.

Menerusi laporan portal media tempatan di sana, Iedil dan pilihan hatinya selamat diijabkabulkan pada 1 Jun lalu yang diadakan di Novotel Resort dan Pusat Konvensyen, Bogor, Jawa Barat.

Dalam pada majlis serba ringkas dan meriah itu, turut dihadiri oleh kedua belah pihak pengantin perempuan dan lelaki.

Teman baiknya, Reza Hasbi berkata:-

“Sebelum ini Iedil ada juga bercerita dengan Reza yang dia nak berkahwin dengan pilihan hatinya tidak lama lagi, cuma tidak tahu bilakah tarikh dan lokasinya. Reza ada juga ternampak gambar-gambar sekitar resepsi majlis pernikahan menerusi akaun Instagram kakaknya, tapi tidak pasti sama ada Iedil sedang berlakon atau betul-betul,” ujarnya kepada Media Hiburan.

SM mengucapkan semoga Iedil dan isteri bahagia sehingga ke anak cucu.

2

3

4

5

6

Incoming search terms:

  • iedil putra kahwin

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *