(5 GAMBAR) SAMBUTAN HARI LAHIR NEELOFA KE-27, KEK HARI LAHIR JADI TUMPUAN?

| 11/02/2016 | 0 Comments
  • Sumo

1Semalam, pelakon dan pengacara, Neelofa, meraikan ulang tahun hari lahirnya yang ke-27 di sebuah hotel bersama adik-beradik dan beberapa rakan karibnya.

Begitupun, bukan pertambahan usia yang menarik perhatian peminat, sebaliknya kek hari jadinya yang cantik ditaburi ribuan kristal pula mendapat tumpuan ramai.

Kek itu sendiri seperti dihasilkan dengan berilhamkan kasut jenama mewah kegemaran selebriti berkenaan dan menurut keterangan video dimuat naik pelakon jelita itu, ia mengambil masa 20 jam untuk disiapkan.

Lebih menarik, satu daripada tanda pagar ditulis Neelofa pada video bergambar itu ialah #rasamacamnakkahwinplease yang tentu saja membuatkan ramai peminatnya tertanya-tanya, apakah tarikh keramat gadis manis ini akan menaiki pelamin sudah semakin dekat?

“Kek ulang tahun ke-27 saya ini memang diidamkan. Terima kasih kepada teman yang sudi menyiapkan kek ini dan pastinya kos menyiapkannya hampir sama harganya seperti kasut Louboutin,” seloroh Neelofa di laman Instagramnya.

Gambar kek dimaksudkan pula mendapat hampir 19 ribu ‘like’. Neelofa juga tidak putus-putus menerima ucapan selamat hari lahir daripada pengikutnya di laman bergambar popular itu. Ketika ini, laman sosial bergambar selebriti yang juga usahawan muda itu diikut lebih dua juta peminat.

Selain kek, hiasan indah, cenderahati dan foto bersama rakan yang meraikan, Neelofa turut memuat naik gambar hadiah daripada jenama mahal pemberian kakaknya. [sumber: Berita Harian]

5

4

3

2

Incoming search terms:

  • gambar kek dan ucapan hari jadi
  • gambar kek hari jadi dan ucapan
  • kek hari jadi dan ucapan
  • gambar kek hari lahir
  • adik beradik neelofa 2016
  • pelamin sambutan hari lahir
  • kek harijadi dn ucapan
  • Kek harijadi dan ucapan
  • kek dan ucapan hari lahir
  • Gmbar kek harijadi dan ucapn

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *