(7 GAMBAR) IMEJ BARU ‘HOT’ TIZ ZAYQAH DIKECAM PEMINAT?

| 07/05/2014 | 0 Comments
  • Sumo

tz

Nama pelakon Tiz Zaqyah bukanlah satu nama yang asing lagi dalam industri hiburan tanah air tempatan. Tiz sering diberikan watak wanita bertudung, jadi sebarang perubahan imej drastik yang dilakukannya sering menjadi buah mulut peminat.

Terbaru, tampil berani dengan rambut merah, pelakon berusia 26 tahun itu dilihat telah membuatkan para peminatnya saling bertelagah di laman Instagram. Pertelagahan tersebut dipercayai bermula apabila Tiz memuat naik sebuah video semasa dia mewarnakan rambutnya di salon beberapa hari lalu dan perbalahan itu dilihat masih berlarutan sehingga ke hari ini.

Namun, Tiz dilihat enggan mempedulikan persepsi negatif yang dilemparkan ke atas dirinya dan membalas beberapa komen tersebut dengan kata-kata sinis.

tz8Mengganggap bahawa pelakon kesayangan mereka tidak bersikap hipokrit, Tiz Zaqyah Razak Fan Club turut mengatakan bahawa orang ramai tidak seharusnya ‘mengadili’ tindakan Tiz untuk mewarnakan rambutnya itu.

tz9

Dalam pada itu, menerusi sebuah akhbar tempatan, Tiz telah mengumumkan bahawa dia sedang mencari tarikh yang sesuai untuk menamatkan zaman bujang bersama kekasih hatinya, Daniel Haziq.

Semoga apa yang dirancang oleh pasangan ini dapat berjalan dengan lancar dan hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat! Jom layan beberapa keping lagi gambar Tiz :-

tz7

tz6

tz5

tz4

tz3

tz2

Incoming search terms:

  • imej hot
  • foto hot tiz zaqyah
  • tiz zakiah gambar

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *