(9 GAMBAR) ROZITA CHE WAN MELARAM BAJU KAHWIN – RAI ULANG TAHUN PERKAHWINAN DI PHUKET

| 12/12/2015 | 0 Comments
  • Sumo

1Masih terasa merah inai di jari manis Rozita Che Wan saat bernikah dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013 atau simbolik tarikhya 11.12.13. Kelmarin genap dua tahun kedua pasangan sama padan sama cantik itu menjadi suami isteri.

Kehadiran Aaisyah Dhia Rana berusia genap setahun 1 November lalu menjadi penyeri kepada rumah tangga mereka. Bagi meraikan ulang tahun kedua perkahwinan mereka, suami isteri ini di samping Aaisyah serta pereka fesyen Man Kajang dan Qudyn ke Phuket, Thailand selama tiga hari.

Di sana, Rozita menggayakan busana kahwinnya yang dihasilkan Qudyn dan pastinya momen itu diabadikan jurugambar rasmi Rozita, yang turut dibawa untuk mengabadikan kenangan indah di sana.

“Saja suka-suka melaram baju kahwin ini. Bukan selalu. Oh ya…Alhamdulillah sepanjang dua tahun bersama, kami laluinya sebaik-baik mungkin. Ikutkan rasa macam sudah lama saya berkahwin tapi rupa-rupanya baru dua tahun.

“Zain… lelaki dan suami yang senang diurus. Malah, selain bergelar isteri dan ibu, segala urusan harian saya tak kira dalam perniagaan dan lakonan dilakukan tanpa halangannya.

“Itu yang penting kerana saya ada terlalu banyak urusan harian yang perlu dilunaskan. Pendek kata, Zain begitu memahami,” katanya.

6

5

4

3

2

9

8

7

Incoming search terms:

  • baju pengantin dari Man Kajang
  • perkahwinan rozita che wan
  • baju pengantin che ta
  • www baju kahwin rozita che wan
  • rozita cik wan kahwin
  • majlis kahein rozita dan zain
  • gambar rozita
  • gambar perkahwinan rozita che wan
  • gambar kawin che ta dan zain
  • gambar baju indah che tah

Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply