“9 TAHUN BERSAMA, CUKUPLAH SAYA DIPERBODOHKAN” – SHAZIA

| 19/04/2016 | 0 Comments
  • Sumo

aweera-horzPenyanyi duo dari kumpulan ZiaBella iaitu Shazia menganggap isu kes pukul baru-baru ini yang melibatkan dirinya dan penyanyi Aweera sudah selesai.

Memetik laporan mStar online, Shazia berkata, dia sebolehnya tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini apatah lagi dalam situasi kerjaya seni kumpulan ZiaBella yang masih baru selepas penerbitan single kedua mereka berjudul ‘Unfollow Hatiku’.

“Saya sifatkan isu ini sudah selesai apabila saya sendiri sudah memaafkan Aweera bersyarat ketika dia ditahan oleh pihak polis.

“Dalam syarat itu saya tekankan agar dia tidak lagi menghampiri dan mendekati saya sekeluarga dalam apa jua cara sekali pun. Saya juga tidak mahu ada apa-apa lagi hubungan dengannya.

“Sembilan tahun bersama, cukuplah saya rasa diperbodohkan dan ini bukan kali pertama saya lalui pengalaman dikasari.

“Sampai pada satu tahap, saya sendiri tidak sanggup lagi nak berhadapan dengan semua ini dan terpaksa akur dengan nasihat keluarga untuk membuat laporan polis demi keselamatan diri,” katanya.


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *