ANAK BEKAS PESERTA GEGAR VAGANZA 2 DITANGKAP CURI MOTOSIKAL?

| 31/12/2015 | 1 Comment
  • Sumo

anak-bekas-peserta-gegar-vaganza-2-ditangkap-curi-motosikalPUTRAJAYA: Anak kepada bekas peserta peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 2 ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian motosikal baru-baru ini. Remaja berusia 16 tahun itu ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun.

ANAK BEKAS PESERTA GEGAR VAGANZA 2 DITANGKAP CURI MOTOSIKAL | Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan mengesahkan penangkapan anak penyanyi wanita popular era 80-an itu dan kedua-dua tertuduh telah pun dihadapkan ke mahkamah pada Isnin lalu.

“Kedua-duanya telah dituduh pada Isnin lalu di Mahkamah Majistret Putrajaya di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.¬†

“Mereka bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Febuari depan,” katanya.

Tambah Rosly, kedua-dua remaja berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis. –BERNAMA

p.s: korang agak kan anak peserta yang mana..


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. panda_chubby says:

    “anak penyanyi wanita popular era 80-an”
    “Anak kepada bekas peserta peringkat separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 2 ”

    Ramai sangat ke peserta GV2 separuh akhir wanita era 80-an?
    sudah terang lagikan bersuluh!
    #bertabahlah #malaysiamasihaman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *