BAYI EMPAT BULAN MENINGGAL DUNIA DI TASKA

| 04/01/2016 | 0 Comments
  • Sumo

bayi-empat-bulan-meninggal-di-taskaGEORGETOWN – Seorang bayi berusia empat bulan meninggal dunia ketika ketika bawah jagaan sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Gelugor di sini pagi ini. Nur Ariana Safiyyah dikatakan mengalami sesak nafas ketika pengasuhnya mahu menukar pakaiannya.

BAYI EMPAT BULAN MENINGGAL DUNIA DI TASKA | Bapa mangsa, Mohammad Shauqi Zainondin, 26, berkata, anak sulungnya itu baharu kali ketiga dihantar ke situ awal pagi tadi selepas isterinya habis cuti bersalin.

Beliau yang dimaklumkan isterinya, Nur Farhana Ros Nazri, 26, mengenai perkara itu kira-kira jam 8.30 pagi terus bergegas ke taska berkenaan namun ketika tiba dimaklumkan anaknya sudah dibawa ke klinik berhampiran.

“Ketika sampai, mereka (pengasuh) memaklumkan anak saya sudah lembik dan sesak nafas lalu terus membawanya ke klinik bagi pemeriksaan. Sebaik tiba di klinik, doktor memaklumkan anak saya sudah tiada,” katanya.

Menurutnya, lebih menyedikan apabila beliau melihat terdapat darah kering pada hidung anaknya selain tompokan darah di baju. Tidak berpuas hati dan mahu kebenaran, Mohammad Shauqi membuat laporan polis dan minta kejadian itu disiasat.

Beliau kesal kerana cubaannya mendapat penjelasan mengenai kejadian itu dengan menghubungi pemilik taska terbabit namun panggilannya tidak dijawab.

“Memang saya reda dengan pemergian bayi kami namun sebagai bapa saya juga mahu keadilan sewajarnya,” katanya.

Difahamkan, jenazah Nur Ariana Safiyyah akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Kau, Guar Chempedak, Kedah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati bayi itu meninggal disebabkan radang paru-paru dan tiada unsur jenayah dikesan. [sumber: Sinar Harian]


Tags: ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply