BIODATA & FAKTA MENARIK EMPAT FINALIS AKADEMI FANTASIA 2015 (#AF2015)

| 11/10/2015 | 1 Comment
  • Sumo

BIODATA -FAKTA-MENARIK-EMPAT-FINALIS-AKADEMI-FANTASIA-2015 -#AF2015Selepas 10 minggu mengharungi pelbagai cabaran, kini tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum pentas akhir #AF2015 menyaksikan persembahan sengit empat finalis iaitu Syamel, Bila, Sufi dan Sharul untuk merebut gelaran juara.

Namun sudahkan anda mengenali sepenuhnya empat finalis tersebut? Berikut adalah profil atau maklumat peribadi empat finalis Akademi Fantasia musim 2015.

1. Syamel

biodata-syamel-af2015

Nama Penuh: Syameel Aqmal Mohd Fodzly

Umur: 22 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Profil Peribadi Syameel

  • Sedang menyambung pelajaran semester 1 di KLMU dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes
  • Datuk saudara merupakan gitaris kumpulan Headwind
  • Semasa duduk rumah nenek di Flat Sri Pulau Pinang, selaluazan di surau berdekatan.
  • Johan azan peringkat sekolah – Sekolah Agama Rakyat Bandar Tun Razak – 12 tahun – Johan Pertandingan Khutbah Peringkat Wilayah Persekutuan – umur 12 tahun
  • Pemenang SUERA 2015 anjuran EraFM
  • Membuat persembahan nyanyian untuk majlis konvokesyen di KLMU – selalu busking di Sogo, KL
  • Aktif bermain sukan – futsal, badminton dan ping pong
  • Berkebolehan bermain gitar dan kahoon
  • Pengaruh muzik dari artis seperti Bruno Mars dan Marc Anthony

2. Bila

biodata-bila-af2015

Nama Penuh: Nurnajmi Nabila Samsaidi

Umur: 19 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Profil Peribadi Bila

  • Tidak bekerja – banyak menghabiskan masa bersama ayahnya, Eddie (pemain bass Wings) – kadang-kadang sebagai penyanyi latar
  • Dari kecil rapat dengan ayah dan selalu ikut ayah – dan banyak bergaul keluarga ahli kumpulan Wings yang lain
  • Pengikut setia kumpulan Wings – konsert jelajah pun dia ikut –kalau ayah tak bawa dia, dia boleh menangis – semua lagu Wings dia tahu
  • Sedar kekurangan fizikalnya – dulu tak boleh terima dan asyik menangis bila dikritik – tapi sekarang dia selesa dan terima keadaan dirinya
  • Lebih menggemari genre muzik R&B dan pop – inspirasinya
    adalah Beyonce
  • Masuk AF untuk peluang kerjaya yang lebih luas dan buktikan gemuk pun boleh beraksi di pentas AF

3. Sufi

biodata-sufi-af2015

Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid

Umur: 24 Tahun

Asal: Singapura

Profil Peribadi Sufi

  • Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura
  • Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014)
  • Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio
  • Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014)
  • Menggemari genre pop rock, R&B dan balada
  • Berbakat mencipta lagu sendiri
  • Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass
  • Inspirasi – Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan & Ramli Sarip – lebih menggemari lagu-lagu evergreen

4. Sharul

biodata-sharul-af2015

Nama Penuh: Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman

Umur: 19

Asal: Negeri Sembilan

Profil Peribadi Sharul

  • Pernah menyertai Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan
  • Sekolah Pondok As-Sofa – Juara Qasidah Daerah Rembau –Juara berzanji Daerah Rembau – umur 12 tahun ke 14 tahun
  • Mula menyanyi pada umur 15 tahun – nasyid untuk acara sekolah
  • Memasuki pertandingan Tilawah Al-Quran – 15 tahun – mendapat nombor 4 daripada 12 orang – hafal Al-Quran sehingga juzuk 3
  • Melanjutkan pelajaran di UiTM Puncak Perdana – Diploma Pengurusan Kreatif – semester 2
  • Berasal dari keluarga berada tetapi sanggup bekerja memotong daging di Johor kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa
  • Ingin menyertai AF 2015 untuk mencuba bidang baru selain bola sepak – taknak mengharapkan ayah dan ibu

Incoming search terms:

  • syamel af
  • syamel af biodata
  • syamel biodata
  • sharul af
  • bila af
  • biodata sharul af
  • biodata syamel af
  • sharul af 2015 biodata
  • biodata syamel
  • biodata bila af

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. hidayah says:

    Saya minat nga sharul .. I love u sharul 😜

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *