‘Dendam Sarakit’ Tidak Ciplak Filem Seram ‘Nang Nak’

| 21/09/2012 | 0 Comments
  • Sumo

Pengarah drama bersiri terbaharu Dendam Sarakit iaitu Fairuz Loy menolak dakwaan kononnya konsep drama itu mempunyai persamaan dengan filem seram Thailand berjudul Nang Nak (1999). Fairuz berkata, dakwaan berkenaan timbul berdasarkan tafsiran dan pandangan peribadi pihak tertentu dan ia bukan gambaran sebenar tema dan plot drama sebanyak 13 episod tersebut.

“Kalau ada yang anggap drama ini mempunyai persamaan dengan Nang Nak, ia mungkin berlaku secara kebetulan. Sukar untuk saya menjelaskan secara terperinci kerana karya ini ditulis oleh orang lain, di mana saya hanya bertindak sebagai pengarah sahaja. Namun, apa yang saya tekankan dalam drama ini adalah mengenai aspek roh, “qarin” dan isu agama. Plot drama ini sebenarnya berasaskan hubungan cinta antara suami isteri dan bekas kekasih.

“Kalau dinilai secara kasar pun, kita boleh melihat perbezaan pada konsep dan tema di antara drama ini dan filem yang dimaksudkan itu,” katanya ketika ditemui pada pelancaran drama berkenaan di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, petang Khamis.

Drama yang dibintangi antaranya Fouziah Gous, Zain Hamid (Ruffedge), Sharifah Sakinah, Noniswara, Adam Shah dan Saiful Nizen itu menjalani penggambaran di Betong, Thailand dan Kuala Lumpur selama 32 hari. Ia akan ditayangkan bermula 27 September ini pada setiap Khamis, pukul 10 malam dalam slot Seram di TV3. Mengenai lokasi penggambaran di Betong, Fairuz berkata, pemilihan lokasi itu dibuat kerana mahu memberikan kelainan pada visual drama tersebut.

“Kami mahu memberikan visual latar belakang yang berbeza pada drama ini. Selama ini, kebanyakan drama atau filem yang berlatarkan suasana kampung atau pedalaman, pasti visualnya lebih kurang sama. Memandangkan kami mempunyai jaringan hubungan di sana, mengapa tidak drama ini dirakamkan di Betong. Malah, visual perkampungan Thailand itu lebih realistik dan relevan dengan tema drama ini,” katanya.

Dendam Sarakit berkisar mengenai pasangan suami isteri iaitu Sarakit lakonan Fouziah Gous dan Rafiq (Zain Hamid) yang berjanji untuk sehidup semati walau apa pun halangan mendatang.Namun, cinta Sarakit tidak kesampaian apabila dia ditimpa musibah kerana dirogol dan dibunuh ketika sedang hamil.Apabila “qarin” Sarakit dipuja oleh Dina (Sharifah Sakinah) bagi tujuan menambat hati Rafiq, dia kembali membalas dendam terhadap orang-orang yang menyebabkan kematiannya. (mStar)

Incoming search terms:

  • tema hari ibu 2013
  • sinopsis dendam sarikit
  • sinopsis dendam sarakit
  • dendam sarakit
  • tema hari ibu
  • filem berkisar dendam

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply