DIDAKWA SUDAH BERKAHWIN, MOHAMED HAFIZ AKHIRNYA BERI PENJELASAN SEBENAR?

| 07/09/2016 | 0 Comments
  • Sumo

catsBekas bakal suami kepada Fara Fauzana, Mohamed Hafiz menafikan pembatalan majlis pernikahannya dengan pengacara itu disebabkan kononnya dia berstatus suami orang.

Hafiz berkata, sebelum dan sewaktu majlis tersebut dibatalkan, dia masih bujang dan tidak pernah merahsiakan statusnya itu daripada pengetahuan Fara sebelum ini.

“Saya tidak pernah berkahwin dan merahsiakan perkara ini daripada dia. Pembatalan perkahwinan kami juga bukan disebabkan status saya seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam,” katanya.

Tambah Hafiz, dia pihak Fara selayaknya menjawab mengapa perkahwinan tersebut dibatalkan secara tiba-tiba.

Sementara itu, Hafiz bermohon supaya dirinya dan keluarga diberi ruang serta privasi kerana dia masih lagi cuba bertenang daripada pembatalan pernikahannya itu.


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply