DOKTOR PAKAR PERUBATAN KECEMASAN DAN TRAUMA BERI PENJELASAN ISU SELAMATKAN MANGSA LEMAS DENGAN MENGGANTUNG SECARA TERBALIK DI BELAKANG?

| 14/03/2016 | 0 Comments
  • Sumo

catsBaru-baru ini viral kaedah selamatkan mangsa lemas dengan cara pikul terbalik dan lari sampai mangsa muntah dan menanggis. 

Seorang pakar perubatan kecemasan dan trauma, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir tampil mengulas kaedah tersebut.

Berikut penjelasan beliau yang dipetik dari laman Facebook miliknya.

‪#‎KAEDAH_MERAWAT_MANGSA_LEMAS_YANG_TIDAK_SAHIH‬

Saya mendapat printscreen seperti dalam gambar di bawah. Dikhabarkan ia semakin viral.
Kandungannya adalah berkenaan kaedah memyelamatkan mangsa lemas dengan cara yang baru, iaitu berlari dengan menggantung mangsa terbalik di belakang. ?

aa

Pada mulanya saya merancang utk tidak menghiraukan saja perkara ini. Namun saya khuatir jika ada masyarakat awam yang terpedaya dan mempercayai kaedah ini. Ia mungkin boleh mengakibatkan ada nyawa yang melayang.

Izinkan saya berkongsi tentang apa yang berlaku ketika mangsa lemas. Ramai yang menganggap bahawa mangsa lemas akan menyedut air ke dalam paru2 hingga mengalami kegagalan pernafasan (wet drowning). Tetapi majoriti mangsa sebenarnya akan menahan proses ini berlaku. Otak mereka akan mengarahkan larynx untuk menutup saluran pernafasan bagi menghindarkan mereka menyedut air ke dalam paru2. Mereka mengalami penutupan saluran pernafasan dikenali laryngospasm dan akan lemas (tidak sedarkan diri) kerana perkara ini (dry drowning). Paru2 mereka kering sebenarnya sungguhpun mereka lemas di dalam air.

Untuk mangsa2 lemas ini, akan berlaku gangguan bekalan oksigen ke otak. Hanya dengan tidak ada bekalan oksigen selama 4 minit ke otak, akan berlaku kerosakan otak kekal.

Matlamat utama rawatan adalah untuk memastikan kerosakan otak ini tidak berlaku atau dikurangkan. Ia dikenali sebagai cardio-neuro resuscitation. Adalah tidak bermakna jika pesakit diselamatkan tetapi otaknya telah mati dan keadaan mereka umpama mayat hidup.

Kaedah terbaik yang disokong oleh pembuktian saintifik bagi menyelamatkan mangsa2 seperti ini adalah dengan melakukan rawatan CPR, iaitu dengan memberi bantuan pernafasan dan memberi tekanan eksternal pada dada bagi mengambil alih fungsi jantung yang terhenti untuk terus mengepam darah ke organ2 kritikal spt otak.

Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya mempelajari kaedah CPR yang betul ini kerana ia boleh membantu menyelamatkan nyawa. Membawa pesakit berlari selama beberapa belas minit dengan terbalik ini adalah bukan kaedah yang berkesan kerana jantung yang terhenti itu tidak akan mengepam darah ke otak dan oksigen tidak dibekalkan ke otak. Ia hanya membantu orang yang berlari itu bersenam dan mengurangkan berat badan. ? Muntah air juga tidak semestinya berlaku kerana fenomena ‘dry drowning’ spt yang saya sebut sebelum ini.

Kaedah rawatan CPR ini adalah mudah dipelajari. Di Jepun, pelajar2 sekolah diajar teknik menyelamat ini. Di negeri saya Melaka, kerajaan negeri sedang merancang strategi bagi memastikan para guru2 sekolah di seluruh negeri mempelajari kaedah ini. Ia bakal menjadi realiti tahun ini.

Ia bukan kaedah Yahudi, Zionis, Illuminati, NWO atau Freemason. Anda tidak boleh memberikan pertolongan kecemasan kepada mangsa lemas dengan melumuri dada mereka dengan madu atau menyapu habbatus saudah. Pelajarilah ilmu penting yang amat bermanfaat ini. ?

Note: Rekod mangsa lemas yang diselamatkan setelah lama lemas (40 minit) hanya bagi kes2 lemas di dalam air yg hampir pada tahap suhu beku. Ia hanya berlaku di negara2 yang mengalami musim sejuk. Suhu air kita adalah tidak sejuk.

Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma.


Tags: ,

Category: INFO SEMASA

Leave a Reply