(EKSKLUSIF) FAHRIN AHMAD NIKAH ESOK, DEDAH CIRI ISTIMEWA DIMILIKI BAKAL ISTERI

| 08/05/2015 | 0 Comments
  • Sumo

Pelakon kacak Fahrin Ahmad telah mendedahkan ciri-ciri yang ada pada bakal isterinya sebelum melangsungkan pernikahannya pada pagi Sabtu (esok). Menurut Fahrin ciri-ciri utama yang membuatkannya terpikat kepada bakal isteri adalah kerana wanita itu seorang yang bijak dan boleh menerima dirinya sebagai seorang selebriti.

fahrin ahmadDia seorang yang sangat memahami diri dan kerjaya saya. Selain itu dia punya pemikiran yang bijak serta tenang dalam banyak situasi.

“Saya tidak boleh hendak mendedahkan terlalu banyak ciri-ciri yang ada pada dirinya kerana tidak mahu orang di luar sana menbuat tekaan dan andaian liar.

“Saya janji pada hari pernikahan saya itu nanti tiada lagi rahsia dan saya terbuka untuk media sendiri menemuramah dirinya,” katanya.

Fahrin bagaimana pun mengaku bukan mudah untuk menyimpan atau sorok hal pernikahannya daripada orang lain, malah percintaannya dan pasangan terpaksa dilalui tidak sama seperti pasangan lain.

“Memang agak mencabar kerana bukan mudah untuk kami menyembunyikan hal ini sedangkan kami bercinta. Jadi kami pun jarang berjumpa.

“Saya rasa lebih baik cara itu, supaya ianya tidak menjadi bualan orang,”ceritanya.

Fahrin bakal bernikah di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara di sini pada Sabtu ini yang dijadual berlangsung pukul 10 pagi.


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply