EZAD LAZIM ALAMI PENYAKIT MUNTAH BERDARAH?

| 10/07/2017 | 0 Comments
  • Sumo

Terkejut juga SM bila membaca berita terkini mengenai penyanyi Ezad Lazim. Menurut info berkenaan, baru-baru ini Ezad telah dikejarkan ke salah sebuah hospital di Singapura selepas mengalami muntah berdarah.

Menurut info itu lagi, isteri kepada Ezad, Nor Azeana Ramli berkata, Ezad mengalami muntah-muntah selepas selesai mengadakan latihan nyanyian di hari kedua di sana.

Pada 6 Julai lalu, dengan bantuan kawan di Singapura, Ezad telah dibawa pulang ke Johor Bahru dan kemudiannya pulang ke Kuala Lumpur. Azeana berkata lagi, buat masa ini Ezad perlu dijaga dengan rapi dan pemakanannya juga harus dijaga.

Selain daripada harus menjaga pemakanan, Ezad juga perlu mengambil ubat dengan berdisiplin, tidak boleh stress dan juga penat kerana ianya boleh menyebabkan Ezad diserang ‘panic attack’.

Isteri Ezad juga memberitahu bahawa suaminya menghidap penyakit Gastro Esophagel Refluks Desease (GERD). Menurutnya sebelum ini Ezad hanya mengalami muntah biasa tapi kali ini dia muntah sehingga berdarah.

Pelbagai cara rawatan telah dicuba untuk menyembuhkan penyakit Ezad namun Azeana berkata keadaan kesihatan Ezad masih lagi sama.

“Dah macam-macam hospital dan kampung Zeana bawa Ezad tapi keadaan kesihatannya masih lagi sama tiada perubahan,” beritahu isterinya.

Menurut Azeana lagi, dengan hanya memakan sesuap makanan sahaja pun sudah membuatkan Ezad muntah kembali.

“Kalau makan satu suap pun dia akan muntah balik sebab asid dalam badan. Untuk kembali stabil memang ambil masa, jadi kena ada orang untuk memantau pemakanannya,” jelas Azeana.

Azeana juga berkata dia sudah mengikuti Whatsapp group dan Facebook group penyakit (GERD) ini untuk mendapatkan info penjagaan.

“Sekarang dah ada Whatsapp group dan Facebook group (GERD), mereka akan kongsi info macam mana nak jaga Ezad,” katanya lagi.

Disebabkan keadaan kesihatan Ezad kurang memuaskan buat masa ini, isterinya memberitahu bahawa klip video lagu baru Ezad yang bertajuk Kuasa Cinta terpaksa ditunda buat seketika.

Sama-sama kita berdoa agar kesihatan Ezad segera pulih seperti sediakala. Insya Allah.


Tags: , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *