Dalam perkembangan berkait­an, beliau memohon kepada semua pihak supaya memberi ruang dan menghormati permintaan Fara Fauzana agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara berkenaan.

“Saya minta semua pihak termasuk media agar memberi ruang kepada kakak. Saya yakin dia akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat. Jadi saya minta semua pihak bersabar.

“Saya juga minta semua pihak tidak membuat sebarang kenya­taan atau berita yang tidak betul serta boleh mengaibkan kakak. Nasihat saya, dapatkan berita daripada sumber yang betul dan tidak buat spekulasi sendiri,” ujarnya.