FILEM PENCURI HATI MR CINDERELLA HANYA MAMPU KUTIP RM100,000

| 07/09/2017 | 0 Comments
  • Sumo

Nak tumpang bersedih jugaklah. Dikala filem Melayu arahan pengarah muda, Syafiq Yusof iaitu Abang Long Fadil 2 berjaya mencatat kutipan melebihi RM10 juta tetapi filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham Nadzri hanya mampu meraih RM100,000 sahaja sejak ditayangkan 10 Ogos lalu.

Filem Pencuri Hati Mr. Cinderella yang dibarisi barisan pelakon Atikah Suhaime dan Haliza Misbun nampaknya tidak dapat mencuri perhatian peminat filem Melayu.

Terdahulu, posternya juga dikecam teruk oleh netizen dan ramai berpendapat ia ketinggalan zaman serta dihasilkan pereka grafik tidak berpengalaman. Ini bukan kali pertama filem arahan Ahmad Idham dilanda kontroversi apabila poster filem Minah Moto turut berhadapan isu sama.

Dalam pada itu, Ahmad Idham berkata keadaan kurang mendapat sambutan itu kemungkinan berpunca daripada ekonomi Malaysia tidak menentu menganggu prestasi kutipan filem beliau.

Alamak, macam mana pulak beliau boleh cakap macam tu sedangkan filem lain ok jer mendapat sambutan. Kecuali filem-filem ‘sampah’ sebegini yang orang ramai sudah meluat.

Menerusi sumber info, ada netizen turut menyangkal dakwaan Ahmad Idham dan berkata zaman kegemilangannya sudah berakhir apabila ramai sudah ‘muak’ dengan filem bertemakan cinta bahkan tiada idea baharu yang boleh membuka minda.

Sememangnya drama Cinderella cukup gah sekitar dua dekad lalu bersiaran menerusi TV3. Kemungkinan fenomena drama tersebut pada tahun 1998 dahulu lakonan merpati dua sejoli itu sudah pun berakhir.

Sumber asal: Media Hiburan


Tags: , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *