FIZO OMAR DAN MAWAR FAREEDA SIBUK BUAT PERSIAPAN KAHWIN DUA MINGGU LAGI

| 28/10/2013 | 0 Comments
  • Sharebar

Pelakon, Fizo Omar, 28, akui sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan bakal isterinya,  Mawar Abdul Karim, 23, sebelum menjelang majlis pernikahannya yang akan berlangsung lagi 2 minggu.

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim Rancang Majlis Perkahwinan

“Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi.

“Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar,” katanya dalam laporan Utusan.

Menerusi laporan itu Fizo memberitahu dia akan mengadakan sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahannya di The Curve, Damansara esok.

MAWAR ABDUL KARIM FIZO OMAR

Fizo memberitahu majlis pernikahannya bakal menjadi satu majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupannya.

“Bagaimanapun kami tetap akan mementingkan kesederhanaan sebagai teras kepada segala persiapan,” kata pemilik rangkaian francais Hot Burger itu.

Incoming search terms:

  • mawar fareeda

Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply