(GAMBAR) 5 ANAK-ANAK COMEL SELEBRITI YANG MENJADI PILIHAN PEMINAT

| 29/10/2015 | 0 Comments
  • Sumo

Menjadi kebiasaan, anak-anak comel daripada pasangan selebriti tempatan sering menjadi perhatian dan bualan ramai kerana terkena tempias populariti ayah dan ibunya.

Ditambah lagi dengan telatah dan kemesraan mereka bermanja dengan penjaganya membuatkan anak-anak selebriti ini amat mudah dikenali.

Ini adalah kerana, selebriti kita telah memilih media sosial sebagai platform yang sesuai untuk memaparkan kisah anaknya itu untuk dikongsikan kepada umum.

Berikut 5 anak comel selebriti. Jom kita lihat siapakah anak-anak comel ini?

5. Putri Rayshia Jemaima

Putri Rayshia Jemaima adalah puteri sulung milik pelakon terkenal Fasha Sandha serta permata hati keluarga dan suaminya Rizal Ashram Ramli.

Nama anaknya ini juga diinspirasikan untuk produk kecantikan dan kesihatan yang telah dilancarkan baru-baru ini.

4. Naera Mikayla

naera mikayla

Kemontelan yang dimiliki oleh Naera Mikayla dan telatahnya bersahaja di depan kamera membuatkan dirinya nampak begitu comel.

Anak sulung pelawak terkenal Nabil dan Zira yang dilahirkan pada 25 November 2015 permata yang disayangi oleh mereka.

Pasangan ini juga telah dikurniakan cahaya mata perempuan yang kedua diberi nama Layla Damita.

3. Lara Alana

Lara Alana merupakan anak sulung kepada pasangan popular iaitu Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Dilahirkan pada 22 Julai 2014, Lara juga pernah muncul dalam iklan komersial bersama ayah dan ibunya. Kecomelan yang dimiliki oleh Lara telah membuat ramai hati yang tertarik.

2. Arrian

arrian

Arrian anak kepada penyanyi terkenal, Tomok yang merupakan anak sulung buat keluarganya yang dilahirkan pada 29 Mei 2012.

Arrian juga telah menjadi tumpuan ramai terutama di media sosial iaitu di Instagram kerana petah bernyanyi. Arrian juga mudah bermesra dengan ayahnya dalam apa jua aktiviti muzik yang dilakukan bersama. Arrian baru saja muncul dengan iklan Perodua.

1. Aaisyah Dhia Rana

aaisyah dhia rana

Aaisyah Dhia Rana merupakan nama rasmi anak Rozita Che Wan (Che Ta) dan Zain Saidin.

Aaisyah dilahirkan pada 1 November 2014 di Hospital KPJ Ampang. Bijak bergaya di hadapan kamera, Aaisyah bayi comel yang sering menjadi bualan ramai peminat serta para ibu.

Sumber: Murai


Tags:

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *