(GAMBAR) AKUI IMEJ RAMBUT MERAH LEBIH TONJOL DIRINYA – TIZ ZAQYAH

| 20/05/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Nama pelakon cantik Tiz Zaqyah kecoh diperkatakan di laman sosial kerana perubahan drastik yang dilakukan terhadap rambutnya. Tiz tampil berani dengan imej rambut merah, para peminat dilihat saling bertelagah di laman Instagram Tiz Zaqyah mengenai perkara tersebut.

tz

Terbaru, ketika ditemubual Tiz memberitahu bahawa dia kini selesa dengan imej barunya itu dan mahu menjadi dirinya sendiri. Kata Tiz :-

“Pengalaman mengajar saya tentang penerimaan peminat. Mungkin dulu saya mempunyai persepsi yang salah yang pelakon tak boleh buat itu dan ini. Tapi sebenarnya tak pun. Peminat sebenarnya tetap terima.

Just be yourself. Ramai orang cakap Tiz sekarang macam santai sangat, tak ada aura artis. Yes, because I am a normal person. Jadi, tak boleh harap saya untuk jadi contoh kepada semua orang.”

tz3

Ditanya mengenai hubungan percintaan dengan kekasihnya, Tiz juga memberitahu bahawa dia kini lebih bersikap terbuka untuk berkongsi kisah kehidupannya di laman sosial.

“Saya cuma nak kongsi dengan kawan-kawan dan peminat dan saya rasa selesa sebab saya tak perlu menyorok berbanding dulu bila orang bertanya dan saya sering menidakkan.

Bila dah terbuka macamni lagi senang dan sebagai seorang wanita memang wujud naluri untuk berkahwin. Kalau ada nanti akan diberitahu. Tapi bukanlah dalam tahun ini sebab takkan sempat nak buat persiapan.”

tz4

Beralih kepada soal kerjaya pula, Tiz bakal muncul sebagai heroin dalam drama ‘Kusinero Cinta’ yang mula ditayangkan pada 26 Mei setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10.00 malam di Mustika HD (saluran 134) bersama  dua pelakon kegilaan ramai iaitu Aaron Aziz dan bintang terkemuka dari Filipina, Jericho Rosales.


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply