(GAMBAR) AZLEE KHAIRI BAKAL BERKAHWIN DENGAN WANITA BRUNEI?

| 28/08/2014 | 0 Comments
  • Sumo

AZLEE KHAIRI / WARNA CINTA IMPIANPelakon Azlee Khairi yang meletop dengan drama Love You Mr Arrogant di TV3 merancang untuk melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Dayang Norlelawati Puteh yang berasal dari Brunei secara kecil-kecilan di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.

Memetik sumber BH Online, Azlee memberitahu ketika ini masih belum ada tarikh tepat lagi mengenai hari bahagianya. Umum sedia maklum Norlelawati bertindak sebagai pengurus peribadi kepada Azlee. Jom baca penjelasan Azlee:-

akWanita di sebelah Azlee dipercayai teman wanitanya. Kredit foto: Google Image

“Persiapan kahwin memang kami sudah lakukan sedikit demi sedikit. Ada masa saja, kami akan buat persiapan. Tarikh kahwin memang seperti diketahui sebelum ini sekitar hujung tahun. Ia mungkin boleh jadi bulan September, Oktober, November atau Disember.

“Tarikh nikah memang belum dapat ditetapkan dek komitmen seni saya. Jadi persiapan kahwin, mana sempat kami pulun buat. Rancangnya kami nak bernikah di Kuala Kangsar yakni kampung saya. Itu pun sekadar majlis kecil-kecilan.

“Ada kesempatan dan rezeki lebih, kami rancang adakan majlis resepsi di ibu kota selain negara kelahiran bakal isteri saya iaitu di Brunei. Semua kena tengok keadaan. Apa yang penting, biar selesai urusan wajib seperti nikah dulu,” katanya.

“Tapi kalau tanya bila berputik cinta antara kami, saya sendiri pun tak sedar bila. Semua itu kuasa dan izin Tuhan. Dia (bakal isteri) mempunyai syarikat pengurusan acara sendiri dan nak dijadikan cerita kami banyak bercerita mengenai perniagaan.

“Daripada situ, wujud keserasian sehingga saya memilihnya untuk menguruskan kerjaya seni. Sepanjang mengenalinya, dia boleh saya katakan cukup memahami dengan menerima apa juga keadaan mendatang.

“Dalam hidup ini, bukan semua orang boleh terima diri kita seadanya. Jangan katakan orang luar, adik beradik sendiri pun belum tentu. Keikhlasan dan kejujurannya dirinya banyak menambat hati saya,” katanya.

“Saya sudah ada tanggungjawab untuk memikul dunia baru ini. Kalau nak kata tak ada duit nak kahwin, sampai bila pun ia akan jadi alasan. Nak tak nak kita kena lakukan sesuatu atau sekurang-kurangnya kita kena cuba merealisasikannya,” katanya.

Incoming search terms:

  • azlee khairi dan istri
  • kekasih azlee khairi
  • azlee khairi dan kekasih
  • Pacar azlee khairi
  • istri azlee khairi
  • gambar azlee khairi
  • azlee khairi dan pacarnya
  • gambar isteri azlee khairi
  • foto azlee khairi
  • azlee khairi dan isterinya

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *