(GAMBAR) ‘BABY BUMP’ ERIN MALEK BUAT PEMINAT TERUJA

| 04/05/2015 | 0 Comments
  • Sumo

gambar-baby-bump-erin-malek-buat-peminat-terujaBerkahwin pada usia 20 tahun dan bakal bergelar ibu pada umur 21 merupakan perkara yang tidak pernah terlintas di benak fikiran aktres Erin Malek. Biarpun ada segelintir menganggap ia sesuatu yang merugikan kerana usia sebegitu masih terlalu awal untuk mempunyai komitmen yang besar memandangkan banyak lagi perkara yang boleh dikejar, namun anak sulung dari tiga beradik ini mengakui tidak menyesal dengan jalan yang dipilihnya.

“Saya tak rasa menyesal kerana saya sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu. Sekurang-kurangnya, saya ada keluarga dan akan mempunyai anak sendiri. Saya bersyukur kerana Allah mengurniakan rezeki ini dengan cepat kepada saya. Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai satu keajaiban,” ujar Erin.

(GAMBAR) ‘BABY BUMP’ ERIN MALEK BUAT PEMINAT TERUJA | Berkongsi mengenai kehamilannya, Erin memberitahu usia kandungannya kini mencecah empat bulan. Mengandungkan anak kembar, dia memberitahu dijangka akan bersalin pada September depan.

“Pada awal trimester pertama kehamilan, keadaan saya memang teruk. Saya tidak boleh makan apa-apa langsung, hanya boleh makan buah sahaja. Setiap kali makan nasi atau minum susu, saya akan muntah. Memasuki trimester kedua, keadaan saya semakin baik. Setakat ini, saya tidak ada mengidam makanan yang pelik-pelik, cuma suami saya kadang-kadang ada mengidam nak makan itu dan ini. Dan memandangkan saya tidak makan sayur, saya akan mengambil vitamin sebagai pengganti untuk menjaga kesihatan kandungan saya.

Sementara itu, Erin memberitahu dia kini banyak berehat di rumah dan tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sejak disahkan hamil.  Ditanya adakah dia akan kembali aktif berlakon selepas berpantang, dia mengakui akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang pelakon kerana tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada suami. Erin juga memberitahu tidak akan menghalang jika anaknya nanti mahu terlibat dalam bidang seni.

gambar-baby-bump-erin-malek-buat-peminat-teruja-sensasimalaysia-2

gambar-baby-bump-erin-malek-buat-peminat-teruja-sensasimalaysia

[Foto : Kredit portal http://extra.tonton.com.my/entertainment/]

 

Incoming search terms:

  • Erin Malek Hamil

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *