(GAMBAR) GAYA SELEBRITI DI KARPET MERAH & SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU KE-29 (AJL29)

| 19/01/2015 | 0 Comments
  • Sumo

Semalam telah berlangsung acara gilang gemilang Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL 29) yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil bagi menobatkan lagu terbaik. 

PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU AJL 29 2014SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH  JUARA LAGU KE-29 (AJL29): Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang akhirnya terjawab apabila lagu yang berjudul Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow & Sona One bergelar juara & membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Manakala naib juara telah disandang oleh Shila Amzah menerusi lagu Masih Ada Cinta & menerima RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu yang berjudul Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah dan berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Anugerah persembahan vokal terbaik dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dan persembahan terbaik pula dimenangi oleh Mojo feat. Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta yang mendapat pujian ramai sepanjang acara berlangsung. Tahniah kepada para pemenang AJL 29!

GAYA SELEBRITI DI KARPET MERAH: Sementara menyaksikan persembahan hebat oleh artis artis kita malam tadi,  fesyen selebriti kita di karpet merah Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) juga mencuri tumpuan. Jom lihat gambar selebriti yang mengenakan pakaian atau fesyen terbaik mereka untuk hadir ke kemuncak Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) meraikan pertandingan muzik paling berprestij ini!

Gambar credit portal Rotikaya!

39-Gaya-Selebriti-Di-Karpet-Merah-Anugerah-Juara-Lagu-Ke-29

94-Gaya-Selebriti-Di-Karpet-Merah-Anugerah-Juara-Lagu-Ke-29

79-Gaya-Selebriti-Di-Karpet-Merah-Anugerah-Juara-Lagu-Ke-29

50-Gaya-Selebriti-Di-Karpet-Merah-Anugerah-Juara-Lagu-Ke-29


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *