(GAMBAR) GAYA SELEBRITI DI KARPET UNGU ANUGERAH JUARA LAGU KE 28 & KEPUTUSAN PENUH

| 27/01/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL-28) telah berakhir semalam dengan menjanjikan persembahan yang mantap daripada kesemua 12 orang finalis dan mengangkat tema ‘Game On’. 

AJL_2512-1000x662

Lagu dendangan Hafiz Suip, Bahagiamu Deritaku yang dicipta oleh LY dan Baiduri telah berjaya dinobatkan sebagai juara lagu AJL 28 yang membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000.

Selain bergelar juara lagu, Hafiz Suip melalui lagu yang sama telah berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 28 selain Anugerah Juara Mobile yang dibawakan oleh Xpax Celcom.

Naib juara jatuh kepada lagu Hanya Aku dendangan Hyper Act yang mereka ciptakan bersama Frozen.

AJL_2493-1000x662

Tempat ketiga pula dibawa pulang oleh lagu Kalau Aku Kaya dendangan Altimet dan Awi Rafael. Mereka masing masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 juga berserta trofi.

AJL_2490-1000x662

Vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) pula dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku.

AJL_2484-1000x662

Apakata kita lihat galeri foto purple carpet yang sediakan khas untuk tatapan anda semua!


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply