(GAMBAR) GAYA SELEBRITI KARPET MERAH & SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 2014

| 06/04/2015 | 0 Comments
  • Sumo

36Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) baru sahaja melabuhkan tirai dengan menyaksikan pelakon Shaheizy Sam menggondol Anugerah Bintang Paling Popular dan merupakan kemenangan kali ketiga buat dirinya.

SENARAI PENUH PEMENANG ABPBH 2014 | Ada juga kejutan menyaksikan pelakon Shah Iskandar memenangi anugerah Pelakon Tv Popular menewaskan pelakon popular lain seperti Aaron Aziz dan Adi Putra. Selain itu Abam dari kumpulan Bocey juga membuat kejutan apabila memenangi kategori Artis Komedi Lelaki Popular dengan menyingkirkan pesaing hebat seperi Jep Sepahtu dan Zizan Razak.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang ABPBH 2014:-

Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2014 – Shaheizy Sam

Artis Baharu Lelaki Popular – Hafreez Adam

Artis Baharu Wanita Popular – Ayda Jebat

Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk Aznil Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa

Penyanyi Lelaki Popular – Akim

Penyanyi Wanita Popular – Adira

Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar

Pelakon TV Wanita Popular – Nad Zainal

Pelakon Filem Lelaki Popular – Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular – Abam

Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (Era)

Penyampai Radio Wanita Popular -Fara Fauzana (Hot)

Sebagai makluman ABPBH adalah penghargaan yang diberikan buat penggiat seni hiburan di Malaysia dan tahun ini, majlis yang dianjurkan buat kali ke-28 telah diadakan di Arena Of Stars, Genting Highlands sebagai lokasi penganugerahan tersebut.

GAMBAR GAYA SELEBRITI KARPET MERAH | Di sini SM kongsikan bersama anda beberapa keping gambar karpet merah bersama anda sebelum acara kemuncak berlangsung. [Foto Kredit: Rotikaya]


Tags: , , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *