(GAMBAR) HANEZ SURAYA YANG DIKATAKAN TIRU FAZURA?

| 10/01/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Pernah terhebahnya kontroversi tentang Fazura menyindir seseorang dalam laman Instagram beliau dimana membuatkan peminat terus menujukan sindiran itu kepada pelakon yang sedang meningkat naik, Hanez Suraya. Ramai yang mula menyedari Hanez kelihatan seolah-olah mahu meniru gaya Fazura.

HS4

Perbandingan ini tidak tahu dimulakan oleh siapa namun ia banyak diperkatakan di akaun Instagram Hanez Suraya dan akaun Instagram Nur Fazura. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Hanez menafikan dirinya meniru gaya Fazura. Kata Hanez:-

Terus terang saya sendiri tidak tahu dari mana timbulnya gosip itu. Mungkin wajah saya dan Fazura seiras tapi gosip yang mendakwa saya meniru gaya dan imejnya itu tidak betul sama sekali.

Orang yang sebarkan gosip itu terutama peminat Fazura tidak kenal siapa diri diri saya. Saya percaya gosip itu diperkatakan kerana ia berpunca daripada peminat sendiri yang suka membandingkan dan beri komen gambar saya yang dimuat naik di laman sosial Instagram.

Saya merayu janganlah bandingkan saya dengan mana-mana selebriti lain selepas ini. Saya juga suka imej santai tapi kalau nak pergi majlis pastilah saya bersiap dengan lebih rapi.

HS2

Hanez juga turut meluahkan isi hatinya menerusi beberapa gambar yang dikongsi menerusi Instagram :-

I am who i am. I am me and no one else. I am meant to be the way i am exactly. Like it or not, i dont live in this world to please you #hatersgonnahate.

SMILE. Stalker will keep on stalking, judging n comparing. Me? I will always be like me ?? chill and happy #happy #perutkenyanghatisenang #peacenowar #tranquility #happynewyear2014 #hatersgonnahate

Apapun, tiru atau tidak tiru, rezeki sudah semakin menyebelahi Hanez sekarang. Kalau dulu ada mulut-mulut nakal yang asyik mengatakan beliau adalah artis ‘sendu’, sekarang berbeza nasib Hanez. Pada kami, Hanez patut fokuskan saja pada kareer dan jangan pedulikan dakwaan-dakwaan remeh sebegini.

Jom lihat beberapa keping foto Hanez Suraya lagi!

HS5

HS3

HS

Incoming search terms:

  • ifa raziah dulu dan sekarang
  • hanez suraya
  • hanez suraya dulu dan sekarang
  • fazura dulu dan sekarang
  • gambar hanez suraya
  • fazura dulu
  • gambar fazura dahulu dan sekarNg
  • gambar hanie suraya

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *