(GAMBAR) HORMAT TEMPOH EDAH, ERRA MINTA ADENGAN INTIM DENGAN AWIE DIKURANGKAN?

| 26/02/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Sebagaimana yang kita sedia maklum, baru-baru ini pelakon dan pengacara Primadona, Erra Fazira baru sahaja bercerai talak satu dengan Engku Emram. Dalam masa yang sama Erra juga sibuk dengan teater arahan Erma Fatima iaitu Konsert Teaterikal Suara Kita.

awie

Sehubungan dengan itu, bagi menghormati tempoh edah selama tiga bulan, Erra minta dengan Erma agar adegan intim melibatkan dia dengan Awie dikurangkan dalam teater berkenaan.

Memetik sumber mStar, Erma menghormati permintaan Erra tersebut. Menurut Erma lagi:-

awie 2

“Sebagai pengarah saya mahu melihat mereka ikut semua babak-babak daripada filem asal dalam pementasan ini termasuk adegan romantik supaya penonton dapat merasai seperti mana mereka menonton filem Sembilu 20 tahun lalu.

“Bagaimanapun dengan tempoh edah yang sedang dilalui Erra, saya hormati permintaannya untuk mengurangkan babak intim kerana ingin menjaga batas sepanjang tempoh itu,” katanya.

awie 3

Ziana Zain (kanan) bersama Awie (tengah) dan Erra.

Dalam pada itu, Erra berkata, dia lega apabila Erma memahami keadaan itu walaupun pada mulanya dia sukar untuk berbuat demikian kerana bimbang permintaan itu akan menyusahkan semua pihak yang telah menyusun perancangan.

Jelas Erra, selain ingin menjaga batas selepas bercerai dia juga tidak mahu ada sesetengah pihak tersalah anggap berhubung aksinya dengan Awie di atas pentas nanti.


Tags: , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply