(GAMBAR) IBU BAPA SYAMSUL YUSOF MERISIK PUTERI SARAH?

| 13/01/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Pengarah terkenal Syamsul Yusof sebelum ini dikatakan hangat bercinta dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin walaupun timbul kekecohan apabila bekas teman lelaki Puteri Sarah, Ammar Alfian menyindirnya menggunakan Twitter.

sy

Syamsul dikatakan berang dengan kejadian tersebut. Namun Syamsul kemudiannya bertindak berdiam diri daripada mengulas isu berkenaan mahupun hubungannya dengan Puteri Sarah. Bagaimanapun dia dikatakan pernah mengakui kepada ibu bapanya ingin mengakhiri zaman bujang pada hujung tahun lepas.

Kini Syamsul Yusof hampir pasti bakal memperisterikan pelakon, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin apabila ibu bapanya datang merisik, semalam. Datuk Yusof Haslam dan isteri, dipercayai datang merisik Puteri Sarah di kediamannya, berdasarkan berita dan gambar yang dikongsikan di laman gosip Forum Cari.

sy2

sy3

Walaupun dikatakan cuma merisik, namun pelamin digunakan seolah-olah sudah majlis bertunang kan? Didoakan, semoga hubungan antara Syamsul dan Puteri Sarah yang kini tampil manis bertudung akan berakhir di jinjang pelamin.

-Foto credited to Forum Cari-

Incoming search terms:

  • megat kamaruddin ayah puteri sarah
  • gambar ibu syamsul yusuf

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply