(GAMBAR) IMEJ TERBARU SYAMSUL YUSOF, BERGURU DENGAN USTAZ AZHAR IDRUS?

| 23/12/2013 | 0 Comments
  • Sumo

Seperti yang kita sedia maklum, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof begitu kecewa dengan apa yang berlaku kepada filem arahan terbarunya KL Gangster 2. Sebelum tarikh tayangan KL Gangster 2 telah ‘dirompak’. Akibat dari perkara itu, Syamsul Yusof seakan menyepikan diri daripada bidang hiburan.

syam2Bagaimanapun menerusi beberapa sumber media, rupanya Syamsul ada sebab tersendiri untuk menyepi seketika. Dia kini dilihat semakin mendekatkan diri dengan agama dengan menghadiri pelbagai majlis ilmu yang diadakan di sekitar Lembah Klang. Jika benar maka ia memang satu perubahan yang positif. Mungkin Syamsul mahu menenangkan fikirannya.

Tidak diketahui sejak bila Syamsul Yusof tampil dengan imej sebegini. Namun memang sejuk mata memandang Syamsul Yusof yang berjubah putih, memakai kopiah dan sering kelihatan bersama Ustaz Azhar Idrus. Mungkinkah dugaan yang menimpa filem arahannya iaitu KL Gangster 2 menyebabkan Syamsul mencari hikmah dengan cara mendampingi orang-orang berilmu agama.

syam7

Malah menerusi akaun Twitternya, Syamsul banyak berkongsi kata-kata nasihat dan ilmu agama untuk tatapan para pengikutnya. Semoga Syamsul Yusof menjumpai apa yang dicarinya. Semoga akan ketemui ketenangan yang dimahukan. Sama-samalah kita doakan.


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *