(GAMBAR) JOHAN RAJA LAWAK BERIMEJ BARU, ‘BOTAK’?

| 07/02/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Sekali pandang tak cam, dua kali pandang baru perasaan itu Johan (Raja Lawak). Setelah beberapa tahun tampil dengan imej rambut panjang dan berjambang Johan kini tampil dengan imej botak dan berambut pendek dan Johan akui selesa dengan imej barunya.

johan1

Memetik sumber mStar Online, Johan memberitahu , imej baharu itu bukan sesuatu yang pelik baginya kerana dia pernah berimej sedemikian sejak zaman persekolahan. Ujar Johan, sebelum ini saya dah biasa botak. Saya tak kisah. Jadi tiada kelainan. Yang berbeza adalah apabila saya berambut panjang, katanya.

Johan berkata demikian bagi mengulas mengenai imej baharunya itu selepas kembali menunaikan umrah bersama isterinya, Ozlyn Wati, pada 16 Januari lalu. Jelas Johan, dengan imej rambut pendek, urusan mempersiapkan diri untuk keluar ke studio sebagai deejay seawal pagi menjadi lebih mudah kerana.

botak

Bila nak bangun pagi, saya tak perlu fikir pasal rambut. Sekarang senang nak urus dan saya rasa lebih segar. Banyak kelebihan berambut pendek,” katanya.

Tambah Johan lagi dia berasa seronok apabila ramai yang tidak mengenalinya dengan imej begitu. Orang tak perasaan saya kalau tampil dengan imej ini. Seronok sangat sebab orang tak kenal,” katanya.

Perkembangan terbaru Johan, dia akan tambil sebagai pengacara peperiksaan mingguan program realiti komedi terbaharu Astro iaitu Skool of Lawak dan bergandingan dengan Jep (Sepahtu).

Incoming search terms:

  • gambar lawak
  • gambar lawak wechat
  • foto lawak baru
  • johan raja lawak

Tags: ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *