(GAMBAR) KALI PERTAMA DIANA RAFAR, ZAMARUL HISHAM SAMBUT HARI LAHIR ANAK BESAR-BESARAN

| 04/11/2015 | 0 Comments
  • Sumo

zacpPelakon Diana Rafar dan suaminya, Zamarul Hisham telah meraikan hari lahir intan payung mereka, Kashfi Haiqal pada 1 November lalu. Kashfi genap lima tahun pada 29 Oktober lalu.

Sambutan majlis tempoh hari diadakan di Restoran Alsham Castle di Shah Alam. Lebih istimewa majlis yang bertemakan dekorasi permainan Lego itu turut meraikan 40 orang anak yatim Al Firdaus Denai Alam di Shah Alam.

Lucunya kerana majlis itu diadakan di restoran makanan Arab, tema Lego yang dipilih sudah bertukar menjadi konsep Asia Barat apabila dimeriahkan dengan tarian dan gendang dari negara berkenaan.

Diana memberitahu majlis sambutan hari lahir itu yang kali pertama dianjurkannya dan suami dalam skala besar. Di sebalik hujan lebat ia tak menghalang lebih 600 tetamu hadir memeriahkan majlis itu.

“Sebelum ini kami hanya meraikan hari lahirnya dalam skala kecil. Cukup beli kek dan hadiah kepadanya. Cuma apabila dia semakin membesar dan pandai bercakap, pernah dia ajukan soalan seperti tak buat ke majlis hari lahir Kash? Kami sebagai ibu bapa jadi serba salah apabila dia bertanya begitu. Tapi tak apalah bukan selalu pun buat majlis macam ini, maka kami akhirnya memenuhi permintaannya.

“Lebih bermakna majlis ini turut meraikan anak yatim. Saya tak pernah jumpa anak yatim yang berumur dari lima tahun ke bawah. Selalunya anak yatim ini diraikan dalam acara tertentu sahaja. Kash pun suka dapat jumpa kawan baru. Terima kasih juga kepada Ceria Canopy yang merealisasikan tema Lego yang diingini,” kata Diana. [sumber: BH Online]

za

dr

zhdr


Tags: ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply