(GAMBAR) KONGSI GAMBAR NELYDIA SEDANG TIDUR, QI DIKRITIK?

| 15/05/2014 | 0 Comments
  • Sumo

nsq

Qi Razali telah berkongsi sekeping kekasihnya Nelydia Senrose sedang tidur bersama seorang kanak-kanak dan Qi menyelitkan kapsyen, ‘Awwww…what a sight…Ciri2 keibuan… 🙂‘. Sekali pandang, rasanya tak ada apa yang salah dengan gambar dikongsikan oleh Qi Razali di laman Instagram miliknya petang semalam itu.

nsq2

Tetapi, terdapat pula segelintir pengikut Qi yang melihat ianya sebagai satu kesalahan dan menganggap tidak manis untuk pengacara Kokolog itu berkongsi gambar sedemikian. Ada yang beranggapan, Nelydia berbaring di atas perut seseorang dipercayai Qi.

NS

Disebabkan itu, ramai juga yang menasihati Qi untuk segera mengahwini Nelydia bagi mengelakkan fitnah.

NS2

Namun demikian, Nelydia kemudiannya membalas komen-komen tersebut dengan menyatakan peminat hanya memperbesarkan isu berkenaan sedangkan tiada apa yang berlaku.

NS3

Dalam masa yang sama, seperti biasa ramai juga peminat yang menganggap gambar berkenaan sebagai sesuatu yang ‘sweet’ dan tidak sabar ingin melihat anak-anak Qi dan Nelydia sendiri suatu hari nanti.

p/s: yang dah kahwin pun ada juga yang dikritik..


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply