(GAMBAR) LUAHAN FARAH ASYIKIN SELEPAS MELAHIRKAN ANAK?

| 29/03/2014 | 0 Comments
  • Sumo

files

Penyanyi Farah Asyikin selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.87 kilogram pada jam 2.40 petang semalam (Khamis) secara pembedahan. Menurut pelantun lagu ‘Kembali Lagi Di Sisimu’ ini, dia berharap dapat melahirkan anak secara normal namun doktor menyarankan dia untuk melakukan pembedahan kerana bayinya terlalu besar untuk dilahirkan secara normal.

fa

“Saya bersalin lewat daripada waktu yang dijangkakan kerana saya mahu menunggu supaya boleh bersalin secara normal. Namun, doktor kata lebih baik buat pembedahan kerana bimbang berlaku perkara yang tak diingini,” katanya.

Memetik laporan portal hiburan, Farah menerusi perbualannya turut memberitahu yang dia bakal berpantang di rumah orang tuanya di Shah Alam. Berkongsi perasaan menjadi ibu, kata Farah dia tidak dapat menggambarkan perasaan tersebut kerana terlalu istimewa dan berbunga-bunga.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat kerana pada usia 35, Allah masih mengizinkan kami memiliki cahaya mata sendiri. Sebelum ini, saya dan suami pernah juga merancang untuk mengambil anak angkat jika saya tidak hamil. Perasaan ini terlalu istimewa sehingga segala kesakitan selepas melahirkan hilang bila saya tengok wajah anak,” kongsi Farah.

Sumber: GUA


Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *