(GAMBAR) LUAHAN SCHA AL-YAHYA, BERI PENJELASAN ISU CARI PUBLISITI UNTUK LARA ALANA?

| 23/11/2014 | 0 Comments
  • Sumo

2Pelakon Scha al-Yahya mengulas tentang dakwaan dia dan suaminya, Awal Ashaari sengaja membuka kedua dua akaun Instagram dan Facebook untuk mencari publisiti selain ada mulut jahat berkata pasangan ini cuba mengekploitasi Lara Alana. Bercakap kepada Harian Metro, Scha memberitahu:

“Macam mana boleh timbul saya dan Awal cuba cari publisiti dan mengeksploitasi Lara sedangkan pengikut kami lebih ramai? Untuk pengetahuan semua, Instagram dan Facebook Lara adalah jurnal untuk kami berkongsi perkembangan anak kami dengan peminat”

1

“Ramai juga selebriti buka akaun laman sosial untuk anak mereka, bahkan yang bukan artis lebih ramai berbuat sedemikian. Bagi saya, apa yang kami buat tidak salah selagi gambar yang dikongsi benda elok dan bagus. Jadi kenapa pula ia perlu dipertikai dan jadi isu?”

Pelakon juga pengacara tersebut turut meluahkan rasa sedih dengan segelintir pihak yang dengki dan sering memandang negatif terhadap apa pun berkaitan Lara Alana.

3

“Yang suka mengutuk, biarlah mereka dengan dunia mereka. Yang penting saya dan Awal gembira dengan kurniaan Allah terhadap kami. Benda sebegini tak perlu dilayan. Lagipun, ramai sayang Lara dan selalu mendoakan kami,” tambahnya lagi.

Incoming search terms:

  • gambar lara

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *