(GAMBAR) MAJLIS RESEPSI LINDA ONN & UNGKU AZHAR

| 28/01/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Linda Onn dan suami, Ungku Azhar telah memilih malam semalam untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan mereka.

LO

Majlis resepsi tersebut diadakan di Restoran Hadramawt. Majlis tersebut disambut penuh meriah sambil dihadiri rakan-rakan terdekat. Antaranya tetamu yang hadir terdiri daripada selebriti popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Umie Aida, Rabecca Nur Al-Islam dan Noniswara

Lebih menarik lagi, kesemua tetamu yang  turut sama menari bersama pengantin mengikut lagu-lagu yang dimainkan. Malah Linda Onn dan pasangannya, Ungku Azhar juga kelihatan sangat bahagia sewaktu sama-sama berdansa berlatarkan muzik romantik.

LO2

Walaupun busana yang dipakai oleh Linda agak ringkas namun tidak dapat dinafikan bahawa seri pengantin masih terserlah dan tampak jelas penyampai radio ini sedang berbahagia dengan kehidupan barunya. Untuk pengetahuan anda, pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada 27 Disember 2013 di kampung halaman Linda di Johor Bahru.

Jom saksikan video dan foto-foto di bawah untuk melihat kemeriahan majlis resepsi tersebut:-


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply