(GAMBAR) MAJLIS RESEPSI UNIK, YAYA DAN WAN RAJA DIRAI ALA BANGSAWAN

| 16/12/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Majlis resepsi pelakon Yaya Maembong dan bersama suami tercinta Wan Raja yang bertemakan Bangsawan telah berlangsung dengan begitu meriah di Dewan Sri Putra, Kuala Lumpur pada Ahad.

1Yaya yang menggayakan busana rekaan Asimareen Atelier dan Razman Razmi kelihatan begitu anggun sekali persis seorang anak perempuan Bangsawan yang rupawan manakala Wan Raja pula segak seperti  pahlawan melayu.

(GAMBAR) MAJLIS RESEPSI UNIK, YAYA DAN WAN RAJA DIRAI ALA BANGSAWAN: Menariknya lagi, pengantin lelaki sendiri, Wan Raja turut tidak ketinggalan bersilat semasa memasuki dewan membuatkan hadirin yang hadir terpegun seketika. Selain itu antara pasangan yang menarik perhatian dalam majlis tersebut ialah Emma Maembong dan Zizan Razak yang nampak cukup ‘sweet’.

Tema Bangsawan yang jarang dilihat di kebanyakkan majlis perkahwinan membuatkan majlis resepsi Yaya Maembong dan Wan Raja begitu unik sekali. Yaya dan Wan Raja selamat bergelar suami isteri pada majlis akad nikah yang berlangsung pada Jumaat.

Di sini Sm ingin kongsikan kepada anda beberapa keping foto sekitar majlis pernikahan Yaya Maembong dan Wan Raja dari jurufoto rasmi Emerhaled, Piccaboothofficial dan Lensaphora yang telah dikongsi di laman IG pasangan itu dengan menggunakan hashtag #wanrajayayamaembong. -Astro Gempak-

10

9

8

7

6

5

4

3

2


Tags: , , , , , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *