(GAMBAR) MEMEY & NORMAN TIDAK ABAI ABBY ABADI, RAI MAJLIS HARI LAHIR ANAK KESAYANGAN BERSAMA

| 12/02/2015 | 1 Comment
  • Sumo

imageResize (1)Baru-baru ini, Norman dan Memey telah meraikan sambutan hari lahir anak kesayangan iaitu Mohamed Darwisz di Taman Layang-Layang Kepong Selangor. Bertemakan warna putih kelihatan majlis itu berlangsung dalam keadaan harmoni, teratur dan aman.

Walaupun selaku bekas isteri kepada Norman, Abby Abadi turut meluangkan masa meraikan majlis anak tirinya itu bersama-sama dengan anak-anaknya.

Apa yang menarik, perhubungan mereka bertiga ini yang sangat memahami antara satu sama lain. Ia juga boleh dijadikan contoh kepada umum bahawa tiada gunanya bermusuh terlalu lama kerana tidak memberi apa-apa faedah.

Perkara yang penting ialah kebahagiaan dan kebajikan anak-anak harus dijaga dan dipelihara kerana ia adalah amanah. Dengan kesempatan ini, SM kongsikan kepada pembaca foto-foto yang sempat dirakam oleh lensa kamera ‘thephotolicious’ selaku jurukamera rasmi mereka.

download (2)

download (1)

download

Sumber: murai.com.my


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Persahabatan dan hubungan yg baik antara ibubbapa walaupun sudah bercerai amat penting dalam perkembangan tumbesaran anak2, tahniah kepada norman,memey dan abby…kamu mmg owesome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *