(GAMBAR) PEMENANG & SENARAI PENUH PEMENANG ANUGERAH PERDANA FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE 26

| 02/11/2014 | 0 Comments
  • Sumo

2Filem KIL berjaya meraih anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-26.

Anugerah Perdana Festival Filem Malaysia ke 26 (FFM 26) yang diadakan di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, semalam telah menobatkan filem KIL arahan Nik Amir Mustapha diangkat sebagai filem terbaik Nik Amir turut meraih trofi Pengarah Filem Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Menerusi KIL juga, Cristina Suzanne berjaya merangkul anugerah Pelakon Harapan Wanita. Sebelum itu, pada Malam Perasmian Festival Filem 26 yang berlangsung pada Rabu lalu, KIL turut merangkul anugerah Poster Terbaik.

1Umie Aida meraih anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Filem Tanda Putera pula berjaya merangkul sebanyak dua anugerah iaitu Anugerah Kesan Khas Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik melalui Rusdi Ramli. Selain itu, anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh Lisa Surihani menerusi filem Istanbul Aku Datang. Para pemenang menerima sebuah trofi, wang tunai dan set barangan kemas tajaan Rafflesia.

FFM26 turut menyampaikan anugerah khas iaitu Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Wanita kepada Datuk Rosnani Jamil dan Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki (Datuk Rahim Razali). Selain itu, Anugerah Khas Juri diberikan khas kepada tiga buah filem iaitu Tanda Putera, Paper Moon dan Kolumpo.

3

Rosyam Nor rangkul anugerah bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. 

Majlis dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Fazura dan disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria. Terdahulu 11 anugerah telah disampaikan pada Malam Perasmian di Hotel Empire Subang, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

4

Zul Ariffin nyata terkejut sebaik namanya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik.

Berikut ini senarai pemenang Anugerah Perdana FFM26:

Filem Terbaik: KIL

Filem Bukan Melayu Terbaik: Paper Moon (Double Vision/Astro Shaw/Passion Entertainment)

Pengarah Filem Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)

Cerita Asal Terbaik: Mamat Khalid (Rock Oo)

Lakon Layar Terbaik: Nik Amir Mustapha (KIL)

Sinematografi Terbaik: Raja Mukhriz (Penanggal)

Penyunting Terbaik: Syamsul Yusof/ Hisham Jupri (KL Gangster 2)

Filem Box Office: Husin Mon & Jin Pakai Toncit

Pelakon Lelaki Terbaik: Rusdi Ramli (Tanda Putera)

Pelakon Wanita Terbaik: Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Datuk Rosyam Nor (KL Gangster 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Umie Aida (Sembunyi : Amukan Azazil)

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik: Zul Ariffin (Penanggal)

Pelakon Harapan Wanita Terbaik: Cristina Suzanne (KIL)

Anugerah Kesan Khas Terbaik: Tanda Putera ( Pesona Pictures)

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Wanita: Datuk Rosnani Jamil

Anugerah Khas Karyawan Sepanjang Zaman Lelaki: Datuk Rahim Razali

Anugerah Khas Juri : Tanda Putera

Sumber Asal : mStar Online

Incoming search terms:

  • senarai pelakon lelaki malaysia
  • nama artis malaysia perempuan
  • senarai nama artis malaysia
  • nama pelakon wanita malaysia
  • pelakon baru malaysia
  • senarai nama artis wanita malaysia
  • senarai artis wanita malaysia
  • senarai pelakon wanita malaysia
  • pelakon kanak kanak malaysia
  • senarai pelakon malaysia

Tags: , , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply