(GAMBAR) PERNIKAHAN AIDIL ZAFUAN DAN ZAREMA ZAINAL

| 14/03/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Hari ini, semua spekulasi percintaan Aidil Zafuan dan Zarema Zainal terjawab apabila Aidil  sah bergelar suami kepada Zarema dengan sekali lafaz. 

aidil-zafuan-dan-zarema-zainal-nikah

Majlis pernikahan telah berlangsung di kediaman pengantin perempuan yang terletak di Pandamaran, Klang pada jam 10.50 pagi tadi.

Rombongan pengantin lelaki memberi sembilan dulang hantaran beserta mas kahwin RM7000 dan dibalas 11 oleh pihak perempuan. Aidil Zafuan menyerahkan RM17 ribu kepada Zarema sebagai wang hantaran di majlis pernikahan mereka.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, esok dan majlis pihak lelaki pula akan berlangsung pada 30 Mac 2014 ini.

Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Aidil dan Zarema dan semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Tetapi, nafkah anak-anak dengan bekas isteri jangan dilupakan pula ya?

aidil-dan-zarema-nikah

aidil-dan-zarema-zainal-nikah

majlis-akad-nikah-aidil-dan-zarema


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply