(GAMBAR) RABECCA NUR AL-ISLAM BERTUDUNG, DAPAT HIDAYAH KETIKA TUNAI UMRAH?

| 13/02/2014 | 0 Comments
  • Sumo

Rabecca Nur Al-Islam tampil berpakaian seindah namanya sejak pulang menunaikan umrah hujung bulan lalu. Memetik sumber mStar Online, Rabecca mengakui yang beliau sudah mula berhijab sejak menunaikan umrah bersama suami & ahli keluarganya dan selesa dengan penampilan sebegitu.

RA2

“Sepanjang menunaikan Umrah, saya rasa cukup selesa dengan berhijab dan ketika pulang ke tanah air pada Isnin lalu, rasa pelik pula apabila tidak berhijab”

“Kemudian saya nekad mahu kekal berhijab — lagipun memang dari dahulu lagi saya berniat mahu menutup aurat. Alhamdulillah, Allah memberi hidayah kepada saya ketika di Mekah”

Mendapat sokongan suami untuk berhijrah menjadi muslimah yang lebih baik, Rabecca Nur al-Islam juga berkata beliau kini lebih tenang selepas melakukan penghijrahan dalam hidupnya selain menutup aurat. Manis nampak bila pelakon ini berhijab.

RA

Anak tirinya telah berkongsi gambar di atas dengan tulisan “Alhamdulillah ibu-ibu ku sekarang sudah berhijab!“.Kemungkinan besar perubahan ini berlaku selepas kepulangan Rebecca daripada menunaikan umrah. Sekiranya benar berita ini, jutaan tahniah diucapkan buat Rebecca. Moga terus istiqamah.

RA3

RA4

 


Tags: , ,

Category: HIBURAN

Leave a Reply