(GAMBAR) RAJA EMA DIKRITIK KERANA PENAMPILAN BARUNYA?

| 04/02/2014 | 3 Comments
  • Sumo

Raja Ema dilihat kembali bergiat aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian setelah sekian lama menghilangkan diri daripada dunia glamor. Raja Ema tambil dengan imej baru, namun penampilan terbaru Raja Ema yang lebih berani itu telah mendapat kritikan kerana dikatakan tidak sesuai dengan usianya yang telah mencecah 45 tahun.

re1

Raja Ema mengatakan bahawa tidak menjadi satu kesalahan untuk menjaga penampilan demi kerjaya. Dia turut menambah bahawa usia bukanlah satu penghalang untuk kembali dalam bidang glamor ini memandangkan permintaan terhadapnya masih ada.

“Yang paling penting niat kita. Itu hak kita nak jaga penampilan. Kakak tak kacau orang, tapi kita kena ingatlah apa yang perkara yang betul dan apa yang tidak.

Bagi kakak mungkin mereka tak faham dan sebab itu mereka komen macam-macam. Biarlah orang nak kata apa, kakak tetap dengan kerja kakak, yang penting fokus pada kerja dan capai cita-cita.”

re

Raja Ema turut menambah kedua-dua orang anak lelakinya yang berusia 19 tahun dan 17 tahun juga memberi sokongan untuknya kembali berlakon dan menyanyi.

“Kakak dahulu duduk rumah, besarkan anak-anak. Jadi, sekarang mereka berdua dah besar, sudah ada kehidupan sendiri. Mereka lagi suka sebenarnya.Tapi kakak tetap beri masa kuaaliti pada mereka. Balik kerja mesti bawa keluar dan tanya apa masalah mereka.

Kejayaaan itu kadang-kadang datang cepat, kadang-kadang datang lambat. Tuhan dah takdirkan pada umur kakak macamni baru buat comeback. Mula-mula sekadar nak nyanyi-nyanyi habiskan masa lapang. Tiba-tiba masuk majalah dan ramai penerbit panggil berlakon.”

Bagaimana pula pandangan anda dengan penampilan baru Raja Ema ini? Apa-apa pun jom layan beberapa keping gambar anggun Raja Ema:-

re2

re5

re4

re3

Incoming search terms:

  • raja ema
  • anak raja ema
  • raja ema terkini
  • raja ema kurus
  • raja ema dan anak
  • raja emma
  • gambar raja ema
  • gambar anak raja ema
  • gambar anak raja ema terkini
  • raja ema terbaru

Tags: , ,

Category: HIBURAN

Comments (3)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. anonymous says:

    Bkn ker dia dah clash dgn sheqal

  2. Chomot says:

    Orang yg kutuk dia tu yg dapat dosa bukan dia. So asal niat baik, teruskanlah cari rezeki.

  3. rt says:

    Org yg syok2 cakap sheqal la, meqal la. Korang pernah cermin diri sendiri dulu tak? Tuhan mkin nak uji dia, tp tuhan pun mungkin uji kita. Tak kena diri sendiri best la ckap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *